Wednesday, March 2, 2011

Cobra Satria

Entry kali ini berkaitan dengan mereka mereka yang saya sayang gila gila. Mereka pedoman, mereka tauladan, mereka abang² dan kakak² ( eh silap : tuantuan dan puanpuan) yang sangat memberi inspirasi. Bagaimana saya pada mulanya yang ditendang dari SUKSIS garagara ketidakcukupan berat badan, dan akhirnya memilih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Tentera Darat Universiti Sains Malaysia sebagai laluan saya menguji kemampuan. Mereka yang saya maksudkan : Skuad Cobra Satria. Mereka contoh teladan :">

Bagaimana mendidik jiwa kecil menjadi sebesarbesar alam.
Bagaimana mengajar hati rendah diri menjadi sekuat sekental tanpa raguragu dalam kehidupan.
Bagaimana memungkinkan segala yang takkan pernah dibayangkan.

Kawan, itulah PENGALAMAN.

...dengan tidak sekali kali mengenal menyerah

0500 : Bangun, bersiap, dan solat Subuh (pakaian half loreng).
0630 : Berbaris di padang kawad.
0700 : Siap melapor kepada pegawai yang bertugas.
0705-0830 : Physical Training
0800-0845 : Makan pagi selaju mungkin. Hahahaaha
0845-0900 : Mandi dan bersiap (pakaian no5 : full loreng)
0900-1230 : Kelas (kadangkadang kelas senjata, kadangkadang kelas taktik perang, bla bla bla.)
*Siriyes sangat boring. wink wink ^ ^ 
1230-1400 : Lunch, mandi, solat Dzohor, dan bersiap (pakaian no3)
1400-1630 : Kawad (mungkin kawad kaki, kawad senjata, atau kawad pedang) Ni part yang saya paling suka.
1630-1700 : Solat Asar dan bersiap (pakaian no10)
1700-1830 : Sukan dan beriadah ( normally pusing USM la. Fuhhhhh, siriyes letih )
1830-1900 : Minum petang dan pulang. Yey..!!

Itulah kami di setiap hujung minggu.

Eh2, macam mana boleh tahan hidup lagu tu? Sebab Cobra Satria? Kenapa? Apa perkaitannya?

Ceciter ceciter.

*Sorry, malas nak story. Sebab sekarang banyak kerja sekolah. Nanti tak siap, cikgu marah =P