Ini entry pertama.
Buli itu seronok jika anda adalah sang
Pembuli & pomen sejati. Itu saya :">
Oke. Sekarang saya akan cari mangsa buli saya. Macam nak kacau tidoq incik kekasih aje. Jap jap, sekarang 2.30 a.m. Esok incik kekasih ada kelas awal pagi, 8 a.m (padahal saya punya kelas pon lebih kurang jugak masanya). Mana aci, semalam incik kekasih call saya masa saya sedang syok syok mimpi. 5 a.m kot. Awal tuuu..!
Hurm macam oke aje idea call dia. Konon konon macam baru lepas mimpi ngeri. Peluh peluh. Hurm hurm.
Eh tak leh tak leh. Incik kekasih tak sehat. Hingus meleleh leleh katanya. Tadi sebelum tido pon, calling² jap, memang abnormal dah suara dia. Nanti dia bagitaw mak, saya buli dia. Risau. Itu akan mencalarkan reputasi 'bakal menantu mithali lagi solehah' lah jawabnya. Hehehee. Eh selalu gatai kan? *blushing*
Cancel planning berkenaan.
So sekarang nak buli siapa? (siriyes sedang bosan siapkan esaimen, jadi gila gila punya mahu buli seseorang). Rumet? Haaaaaa, macam bernas. Baek punya lentok. Kalau buat buat ngigau, sasau, macam disampuk, oke jugak ni (mulut senget senget sebab otak sedang ligat berfikir. Tak normal punya minah..!)
Eh ni pon macam tak leh. Rumet baru aje tido. Nanti bukan dia jadi prihatin tengok saya sasau, lagi dia sepak saya tak pasal pasal. Owh tidak..! Adoyai. Kenapa kah? Nak buli siapa kah? Alaaaa, tension lah macam nih.
Cancel lagi. Huh =.=!
Boleh mereng free free aje fikir mende simple macam nih. Almaklum lah, saya manusia baru belajar nak membuli manusia lain (eceh, berlakon aje kerja kamu. Yang hari hari duk sepak terajang incik kekasih tu apa dia? Bukan buli namanya?) Hurm. Macam mana kalau tido je? Haaaaa, boleh buli siapa² aje dalam mimpi. Nice!
Saya rasa saya sakit mental lah. Saya rasa rasa je. Tapi takpe, sakit mental yang boleh dikawal lagi jiwanya ^ ^
notakaki : Mata makin mengecil, kecil, dan terus mengecil. zzzzzzzzzzzzz...
p/s : Entry ini sebenarnya ditaip malam semalam, tapi di pos ini malam. Eh boleh aje kan? Tadak hal kan? Ini kan belog saya :)
p/s : Entry ini sebenarnya ditaip malam semalam, tapi di pos ini malam. Eh boleh aje kan? Tadak hal kan? Ini kan belog saya :)
Oke. Ini entry no. 2
I dare to pursue my dream. Yup, this is ME.
Pembawa & penyelesai masalah. eceh..!perasan takleh blahhh.
1. makan atau tidur?
-mesti lah tido. Sebab bila tido, boleh mimpi makan. PAKEJ
2. peluk atau muah muah?
-alaaaaaa, nak peluk dengan muah muah skali. Mahu mahu *eeeee, itu bukan saya..! Saya bukan jenis itu..!
3. tempat impian nak kawen?
- pondok pondok ke kawen betul betul nih? Ntah, tak abis bincang lagi dengan incik kekasih. whahahawaha (gelak gatai + gedik sakan)
4. buku terakhir yang dibeli?
- eh baru saya perasan, dah lama tak beli buku. Esok nak pergi Borders lah.
5. sebutkan 8 sahabat yang paling rapat dengan kamu?
- dah sebut. dengar tak? oke oke, saya ulang............................................hah, dengar tak?
6. 6 perkara yang diingini?
- dslr + lomo = dslo (sebut dis-lo)
- maen gitar. mahu, mahu..!
- jumpa Cikgu Siti Fatimah (guru tarian sekolah rendah)
*tiga dahla, jangan tamak tamak nak sampai enam.
7. rahsia?
- kalau beritahu, adakah itu suatu rahsia?shhhhh...
8. kamu lagi 5 tahun?
- tak susahkan maa abah lagi, malah menyenangkan mereka.
- kawen, dan mempunyai anak seramai mungkin (hahahaaa, macam melampau je. cancel lah yang ni)
- sarjana muda
- masih aktif berbelog
- bisnes yang dirancangkan dengan incik kekasih berjalan dengan sangat maju
- dah pandai mekap mekap. hahahaaaaa
- jadi lebih "perempuan"
*bla bla bla..kalau nak story bab ni, memang takkan habis. sebab saya kan pemimpi kelas satu :)
9. perkara wajib sebelum tido?
- gosok gigi, cuci muka, wuduk, setting katil, kepuk kepuk bantal, tarik cadar kasi tegang, doa panjang berjela, belek balik mesej incik kekasih, berangan banyak banyak, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...owh lupa, losen wajib sapu. takkan lena tanpa johnson's baby soflotion.
10. perkara wajib kalau balik kampung?
- ziarah kubur arwah KakLong ~alFatihah
oke tu je.bye
