Friday, February 25, 2011

Cinta puisi gara² ini

Ternyata hidup ini banyak pilihan untuk jadi lebih bahagia. Awak, kan saya dah kata, hendak bahagia, macam macam cara, macam macam gaya.


Lembaga Sensor Film Indonesia menyatakan bahawa pada tanggal 07 Juni 2002,  Filem berjudul
Ada Apa Dengan Cinta? Lulus sensor dan sesuai untuk tontonan umum, khususnya kepada kalangan belia².

Melayu : Memang penggemar pertunjukan, penikmat seni sejati. Kalau kamu ingin tahu, ada seniman tersembunyi dalam setiap diri orang Melayu. Filem, Muzik, Puisi, Foto dan segala seni bukan hanya sekadar hiburan. Itulah seni menikmati seni. Dan saya Melayu, Melayu jati. Saya juga penggemar seni. Saya cintai nya <3
 

 kulari ke hutan kemudian menyanyiku . kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi . sepi dan sendiri aku benci
aku ingin bingar . aku mau di pasar
bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika kusendiri
pecahkan saja gelasnya biar ramai . biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat menyulam jaring laba laba belang di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
atau aku harus lari ke hutan . belok ke pantai


 perempuan
datang atas nama cinta
bunda pergi kerana cinta . digenangi air racun jingga dalam wajahmu
seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
ada apa dengannya . meninggalkan hati untuk dicaci
lalu sekali ini aku lihat karya surga dari mata seorang hawa
ada apa dengan cinta
tapi aku pasti akan kembali dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya
bukan untuknya . bukan untuk siapa
tapi untukku
kerana aku ingin kamu . itu saja


Berasa lebih bahagia bila mana kita temui diri sendiri. Eh mestilah saya kenal diri saya. Dan naseb baek awak ada untuk temani hari hari saya. 'Awak' tu siapa? Ehem ehem. Saya tahu awak tahu siapa 'awak' itu yaa. *kening²
p/s : Oke, sekarang masa untuk berangan angan jap :">

Thursday, February 24, 2011

Blogging the pain away

Lebih baek kita mengira apa yang kita ada daripada kita menghitung apa yang tidak kita miliki.
Boleh tak jadi lebih bersyukur?
Dia Maha Berkuasa, Dia cipta segalanya.
Bukan urusan kita untuk membilang masa menghasilkan segala dosa sia².
Tugas kita hanya beriman kepada Dia tanpa rasa sangsi di dada.
Kamu lalai, kamu masuk neraka. Mahu? Mahu kamu macam itu?

 Jadi, inginnya saya, ucap rindu tidak terkira pada mereka. Saya syukur pada Dia Yang Maha Esa.
Kerana diberi jiwajiwa besar mendampingi harihari saya.
Cinta mereka melebihi segalanya <3

 Dari kiri : Atin, KakLong, Maa, Lya, Abah, Iman, KakCha, Int.Shark ^ ^

Tuesday, February 22, 2011

Dua puluh dua

Diam diam dah jadi macam tua sangat. Alaaaa, knape maa lahirkan atin awal sangat? Knape tak tahan je sampai bulanbulan depan? eh², poyo kau ^ ^ Ehem ehem. Dua puluh dua tahun. Umo saya sudah dua puluh dua tahun. Saya ulangi, dua puluh dua tahun. Makna nya di sini, saya sudah boleh berkahwin, sudah boleh dapat anak ramairamai, sudah boleh timang cucu, sudah boleh macammacam. winkwink, best-lah kalau macam ini ^ ^
*eh engkau, behave sikit boleh tak?

Kek cukup syarat je. ngehngehngeh :">

Kringgg..Kringgg..Kriingg..
(Sangat terkejut, terkesima, tertendang kawan, terbulat biji mata, terketarketar, ter ter termacam² sebab tengok nama "MAK KAMI" kat skrin phone. Nasib baek tak terkentut

atin : Err..eerr..Assalamualaikum Mak ^ ^

mak : (tanpa usul periksa)
~Happy birthday to you♪♫♪happy birthday to you♫♪♪♫happy birthday to mydear♫♪♫♪happy birthday to you..!
Mak doakan, atin sehat sentiasa, happy² aje sokmo, belajar rajenrajen, dan selalu fikir masa depan aje. I miss you, I love you, sayang atin. 

..........terkedu, diam seketika.

atin : Heheheheee. Mak, terima kasih. Alahai, best nya, saaaaayang mak juga. Atin rindu mak. Atin sayang mak. Mish and love you too ^ ^ (sambil sapusapu airmata gembira tidak terkata). Hurmm..hurmm..mak sehat?

mak : Sehat aje, busy dua tiga hari ni sebab settle ayong masuk asrama. Ni duduk buat ape? Takde kelas ke?

atin : takde ah mak, semester ni atin takde kelas malam. Ni atin duk beli aiskrim ni. Heheheheee.

mak : Ish, jangan makan banyakbanyak sangat aiskrim malam². Jap lagi jatoh sakit.

atin : Baeklah, makan sikit je mak, TERINGIN. ngehngehngeh.

mak : Yela atin, ni mak dah nak tido, ingat pulak nak wish kat atin. Nak mesej, mana la mak layan sangat. Mak tido dulu la oke. Ingat, belajar rajenrajen. Boleh?

atin : Hehhehehee, baekbaek (sambil angguk² kepala)

mak : Boleh janji?

atin : Hhehehhee.

mak : Cepat cepat janji kat mak.

atin : Baek mak, atin janji. Heheheheee. Mak pergi tidur oke, jangan buat kerja beratberat sangat. Ingat tu taw mak (sweet kan saya). Assalamualaikum mak. Terima kasih banyakbanyak. Atin sayang mak.

mak : Waalaikummussalam. Sayang atin juga <3

KLIK.

*Itu adalah hadiah paling berharga pada usia dua puluh dua. Akan saya ingat sampai bilabila. Thanks Allah ^ ^

 kawan susah senang

Beronggeng sambil menyiapkan kerja sekolah. Sempat lagi berjalanjalan bersama minah² kesayangan.

Kau memang over, husna ^ ^

Terima kasih, teman <":

Baeklah, di usia dua puluh dua, saya hanya ingin mengutarakan setinggitinggi penghargaan kepada penaja utama : mak bapak saya yang selama ini sangat gigih men'support' saya sehingga saya jadi manusia yang serba serbi gagah. Hahahahaaa. Suka hati saya lah nak berlagak kat belog saya kan? Terima kasih juga buat teman teman yang tak jemu² memberi tendangan dan sepakan percuma setiap hari. Saya sangat menghargainya ^ ^ Tidak lupa juga buat adikberadik (bajet macam mereka baca) yang selama ini tak pernah lalai untuk menyayangi saya sepenuh jiwa mereka. Saya tahu mereka sayang saya melebihi segalanya. Sayang mereka juga. Wink wink. Tidak terkecuali buat incik kekasih sekeluarga, kalian menyempurnakan hidup saya. Nanti saya belanja aiskrim kat semua yaaa..! Hahahahaaaa. eh² incik ikram, sayang kamu. Tahu tak? Tahu tak? Sepak nak..?

Penutup : Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
*maaf, gagal behave. oke oke. esok saya behave :)

Saturday, February 19, 2011

April, please hurry.

Awak² , time kita gelak kita gelak betul betul. Time kita marah kita marah sikitsikit sudah lah. Tak takut ek kedutkedut kat dahi, pipi, bawah bibir, hujung mata. taknak taknak.

saya sayang diri sendiri. so sweet :">

I'm growing, lepas berguni guni masalah datang tak sempat nak elak. Eh takpe takpe, masalah tu memang kawan baek dengan saya. pispis. Senang je, selalu selalu kasi 10inci senyum hari² mesti tadak hal lah. Siriyes tak tipu :)

 murah takpe. asal boleh call awak <3

Beritahu impianmu, agar dunia boleh ketawa. Itu saya yang dulu dulu. Langsung tak tahu nak positif. Langsung tak reti nak optimis. Tapi sekarang dah laen, beza nya sangat jauh. Kini Tuhan telah memeluk impian saya, kerana kini saya rasakan dalam aliran darah saya, diri saya mengandungi sifat hakiki bahawa saya seorang yang pemberani. Tekad sekeras besi, nyali seliat tembaga. Kalau kau berani, kau cuba. Gambatee..!

OKU : mereka juga manusia macam kita.

1. Berubah. Belajar untuk bangun selepas jatuh. Kamu hebat. 2. Senyum. Senyum banyakbanyak. Kebahagiaan itu datang bila kamu senyum memanjang. Semakin panjang senyum kamu, semakin lebar kebahagiaan yang menjelang (senirik bikin hipotesis.ngeh ngeh ngeh). 3. Berdisiplin. Bangun jangan tunggu incik kekaseh kejot, jangan tunggu rumet gegar gegar katil, jangan tunggu jam lembu memekak. 4. Positif. Jadi je diri senirik sebab kamu sudah sangat baek (oke, saje saje nak poyo skit², tak boleh belahhhh). 5. Jimat jimat. Shopping shopping jugak, tabung mesti selalu berisi :)  Kan nak bawak maa abah naek haji. ameen ameen. 6. Makan banyakbanyak kalau nak berat badan naek. Berat kurang, macam mana nak derma darah. 7. Cinta Dia Yang Maha Esa sentiasa :)


Untuk KakPah, apa² ajelah, ikut suka awak. Saya tengah senyum. Senyum lebar punya. Saya tahu awak cemburu :)


mak abah incik kekasih, mak abah saya juga <":

Bulat bulat berpetak, saya rindu awak.
Tiga segi kaki sama, harap awak rindu juga.

P/s : Pantun gagal sama sekali. Takpe takpe, asal maksud sampai. Betul tak betul tak? *angkat angkat kening

Thursday, February 17, 2011

Things can change

Hari ini menuju ke hari esok adalah satu pelajaran dalam subjek kehidupan. Baek buruk, betul salah, tegurtegur lah. Bukan manusia kalau takde buat silap. Bukan saya kalau takde buat salah. Ingat itu, simpan rapatrapat dalam hati paling dalam.  Aku manusia lemah, selalu terjatuh berbeda aku darimu kau berdiri teguh. Aku serba tiada, aku kekurangan...-Yuna in da house yawww! hahahaa. poyo kau -.-

*anekdot itu untuk awak <3

Sesi gedik² bersama kawankawan. Kerja sekolah berbakul bakul, tapi bila jumpa kamera, terus dunia berubah jadi lebih indah. hahahaaha. Senyumsenyum say peaceeeeee..!



 tak nak mekap, tapi terpaksa =.=

Planing asal, nak hentam je kat kedai esok. Tetapi, lepas di fikirfikir, baek snap snap senirik kan? untung untung boleh edit gamba, kumpul lagi berdozen² gamba. Oke ni ada lagi antara gambagamba tersebut :)


budak kecik tapi hati besar :)

 minah ni aus punya

saya? hurmm. saya biasabiasa saja -.-

Bukan.. Bukan.. Kami sedang ber-photoshoot untuk lengkapkan photo album resume kami. Semangat mesti lebih dari apa yang diperlukan. Bermaen maen sambil siriyes lebih bagus dari siriyes yang maen². Tak gitu?

saya si perasan bagus. memang bagus pon. kekekee

:) Kamon la brader. Lain orang, lain gaya, nak hepi macam macam cara, dan berbelog adalah salah satu daripadanya (itu bagi saya lah). Tenang tenang sudah. Hee. Yang pastinya, semua orang punyai citacita. Tidak pernah sedikitpun terfikir untuk saya mengkompromikan cita² itu. Maa pesan, jangan pulang selagi belum jadi sarjana. Abah bilang, jangan balik selagi citacita belum terlaksana. Oke². baeklah². Saya ikut cakap anda ye :)
Dan harus ingat, berhenti bercitacita adalah tragedi paling ngeri dalam hidup manusia². Optimis kuasa dua :">
 
*nota kaki : Semua orang ada masalah. Manusia yang takde masalah lah yang paling bermasalah. Jadi, tenanglah wahai martina amira. Kamu kuat. Kamu hebat. Kamu kan selalu minum milo, mesti kamu gagah. Hee

Pray. Because Allah always listens.

Tuesday, February 15, 2011

Kau kencing kaki kencing


kau cukup cukup lah jadi yang paling bajet baek. sudah sudah lah jadi yang paling perasan bagos.

saya perempuan. saya bukan seorang penulis. saya bukan cantek. jauh sekali menarik. bukan saya itu. 

incik kekaseh. awak sangat mendamaikan! saya suka awak. winkwink

Monday, February 14, 2011

Belog misstin

minah payah mengalah

1. Nama dalam kad pengenalan martina amira binti azam. Time lahir² 21 tahun lepas, maa nak letak martina amira afatin binti azam. Apa tak terlampau panjang kan. Sebab tak muat borang, dipendekkan nama minah ni. nasib baek time dulu² birth certificate main tulis tangan kan, and tulisan akak pendaftar tu besar gabak. Saya cik alang kepada anak² saudara, atin kepada maa & abah, kaktin kepada adik², dan tak lupa : cik tintin kepada family incik kekaseh. Hhehehe :">

2. Membaca, owh sangat suka. Tak kira la apa saja jenis bahan bacaan. Sebab kata orang, lagi banyak baca, lagi kita tahu bahawa banyak lagi yang kita tak tahu :P Tambahtambah pulak dah nak masuk dua tahun dah jadi rumet kepada seorang minah yang kaki membaca. Naseb baek berjangkit mende baek kan. Ngeeee

3.  Sangat payah nak marah. Tapi sangat susah nak sejuk bila dah marah. Eh3, macam menakutkan je kan :P

4. Anak no 3 tapi macam bongsu. gediks kan. Ngeh ngeh ngeh. Maaflah, saya memang manja dengan maa abah saya dan adekberadek saya. Degil itu sentiasa. Kecik kecik dulu, pernah tanam seekor miow hidup² tanpa apa apa alasan. Owh sangat degil. Then, setiap kali demam, sure akan mimpi ditindih kucing berkenaan.Hhaaaa, kan dah dapat balasan.

 sayang mereka setengah mati
 note : Di situ juga ada lya dan arwah kaklong <3

 5. Chenta hati incik ikram jaafar 
*kening²

6. Gila gamba. Hahahaaa. Apalagi bila dah punya dslr senirik. Bukan nak amik gamba orang, tapi suruh² orang amik gamba saya. Teruk kan? Sekarang gila lomo pulak. Alamak, mana nak cekau 'pitih' nak beli mende alah comel² tuh?

7. teror gila Tak pandai mekap. Siriyes tak suka mekap. Tak kesah la muka gelap macam keling jual cendoi pon kan, kalau dah comel tu, comel la jugak :P

8. Tak reti duduk diam. Hyperactive

9. Pernah terima jahitan kat bawah bibir kerana maen hoki.Silap diri sendiri sebab masuk wrongside, dapat la habuan kan. Walau menangis time dijahit hidup², takpe takpe. Saya kuat. Cover :P
Yang gila tak ingat nya, 2 hari lepas tu siap pergi lawan sepak menyepak (taekwondo remaja kebangsaan) lagi. Hahahaaaa. Alaaaa, kecik kecik dulu mana nak tahu behave sangat kan.

10. Tak berapa minat novel cinta cintun (memang tak minat langsung kot). Tak tahu la, macam tipikal hero mesti hensem, minah tu pulak mesti ala ala ayu gitu. Jalan kepit kepit. Tapi kalau novel andrea hirata, nak nak tetralogi laskar pelangi, khatam 3 kali pun masih nak khatam lagi. Sangat memberi inspirasi untuk hidup lebih mandiri.

11. Pemimpi kelas satu :)

12. Berangan untuk ke paris dengan incik kekaseh suatu hari nanti. ameen~
Tapi sebelum tu, mesti la nak ke tanah suci dulu. ameen ameen ameen~

eiffel . saya jatuh cinta <3

13. Gila akan 100plus. Peminat setia gulagula kapas cadbury. Menyukai buah rambutan. Selain gemar masakan emak. Tidak pernah makan sardin, tidak mampu telan masakan pedas², tidak akan berani makan kerang, tidak mungkin mahu santap nasi lemak. Maaf, saya memang agak pelik.

14. Suka merempit. Hahahahaaa. Masih ingat, pernah eksiden dengan seekor kucing di hari pertama aidilfitri 2006. Koyak rabak kebaya kesayangan (kucing dengan saya memang musuh ketat. Hahaaha). Sori kucing, saya time tuh excited nak kutip duit raya sampai tak perasan awak :"> Bekerja dengan bertungkuslumus semata-mata untuk tukar rim aloi my beloved legend. Dan di situ mulalah segala-galanya. *kening²

15. Sayang kawan kawan melebihi sayang diri sendiri.


manis sekali seperti madu :">

16. Menapak hari demi hari menjadi manusia yang lebih kuat. Gagah. Perkasa. Eh melampau² pulak.

 memang paling kecil, tapi paling gagah

17. Sentiasa berusaha keras untuk semua hal. Mengalah tak termasuk dalam pilihan untuk segala masalah.
Semangat. Semangat. Semangat.

18. Coldplay-fix you dan auburn-perfect two.

19. Keep calm dengan cara read Quran.

Oh ya, alhamdulillah sebab ada lagi kesempatan untuk menumpang kat bumi Dia. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 22 (walaupun forever 21). Entri first sangat macam hot gila cilabai, tapi tak kesah, memang suka 'kecilabaian'. Panjang akal, panjang usia, rajen rajen akan update lagi. Harap harap tak hangit hangit taik kucin. miow miow. Hekhekkehk. Owh jangan lupa, senyum sampai telinga ya..! Masalah tu takkan ke mana, selesai jua akhirnya. Senyum macam ni (^________^) sampai bilabila.