Tuesday, December 4, 2012

There's no place like home

Homesick.
Agak teruk sampai-kan saya list down few things yang saya akan tuntut tatkala balik nanti.
Few things yang sememangnya saya amat rindu, amat mahu, dan for sure takde di sini.

1. Warm hugs from my lil' princess Damia, Uuni, and of course my hero Adam Aiman.
2. Tidur bersama mereka.
3. Make them cry and then pujuk mereka dengan kata-kata manis. Haha. Kejam.
4. Gigit Uuni sampai dia merajuk dengan saya.
5. Ketam masak lemak cili api maa @ kakcha.
6. Sira labu special hanya maa yang mampu buat the way I want it to be.
7. Pulut durian. Ini memang abah punya part ^^
8. Kinder Bueno. Eh, yang ini boleh aje dapat kat mana-mana kedai. Haha. Takde, nak masukkan dalam list jugak! Lantak-ah!
9. Driving kakcha's car, bawa saja ke mana mereka request. Eh, rindu betul.
10. Makan di Pasar Dungun setiap pagi Jumaat.
11. Ziarah KakLong.
12. Pasar malam Khamis, Isnin, Jumaat, dan Ahad.
13. Rindu Damia sangat-sangat.
14. Rindu Hawa Ayuni.
15. Rindu Adam Aiman.
16. Rindu Iman Elyana.
17. Leteran tanpa henti maa kesayangan.
18. Lepak depan tv dengan abah, sambil bincang tentang masa depan.
19. Gurau senda dengan kakcha & mengumpat dengan Lya.
20. Rumah usang di Jalan Melati. Usang yang menggembirakan.
21. Rumah sederhana di Kampung Sungai Buaya. Rumah di mana saya dibesarkan.
22. SK.Kuala Dungun, SMK. Seri Dungun, SMK. Tengku Intan Zaharah, dan Tadika KEMAS Dewan Sri Nibong. Semuanya mendidik sampai saya jadi seperti saya yang hari ini.
23. Rindu arwah KakLong. Rindu menggebu, sedikitpun tidak tipu.
24. Rindu air kopi arwah tok. Owh, kopi buatan tangan orang kampung memang tiada tandingan.

Sedang asyik menaip, Kak Norli telefon. Menyampaikan khabar dari Kelantan, di mana Danisha kini dibesarkan. Anak arwah KakLong kini sudah membesar dengan gembiranya di sana. Hampir 3 tahun tidak berjumpa dengan dia. Rindu luar biasa. Petah sudah dia berbicara. Pandai pula dia berkata-kata. Sangat lama kami tidak bergurau-senda, tapi seperti baru semalam dahinya saya kucup mesra. Danisha,membesarlah kamu dengan penuh iman dan taqwa. Semoga kamu sentiasa dirahmati-Nya.

25. Rindu Nur Emyza Danisha.
26. Segalanya di kampung. Tidak satu pun yang ada di sana yang terlepas dari rasa rindu ini. Sungguh.

#Rindu sampai sesak dada menahannya.

Wednesday, November 21, 2012

Kusut-masai-kan kepala

Greetings from Institute of Postgraduate Studies, USM.

.
.
.
.
.
.

Application for February Intake is now open from 23 October to 23 November 2012.
Be postgraduates@ USM. Apply today and join the bandwagon!

Regards,
Institute of Postgraduate Studies,
Universiti Sains Malaysia.



~sigh~

Tuesday, November 20, 2012

2 mak 2 bapak (belum campur mertua lagi)

Sedang dalam mode 'job hunting', tiba-tiba muncul semangat nak update entry.
zasssssss.
(Itu bukan bunyi malaikat lalu naik skuter laju-laju tiba-tiba, tapi itu bunyi idea muncul tiba-tiba lepas daripada semangat tadi yang datangnya pun secara tiba-tiba. Eh, apahal semua nak main tiba-tiba je tiba-tiba ni? Ish, garu kepala fikir)

Hurmmmm, tak sure tang mana nak mulakan.

*pause*

Saya nak start dengan doa dulu.
Semoga abah, maa, ayah, dan mak sentiasa bahagia dengan hidup dan pilihan kalian.
Semoga adik-adik dan kakak (dan arwah kakak) juga aman sentosa hendaknya dengan perjalanan yang kalian lalui dan bakal tempuhi kelak.
Dan tak lupa semoga diri-sendiri dapat senyum seperti selalunya.

*pause*

November. Baru separuh bulan dijalani tapi begitu besar perubahan yang dialami.

*pause*

Lepas abah dan maa tak lagi bersama sejak dua tahun sudah, kami adik-beradik dapat terima dengan hati yang pasrah. Eh, itu bukan bunyi sedih tapi syukur. Kenapa? Sebab segala yang berlaku adalah ketentuan dari-Nya. Macam yang selalu sangat saya duk sebut duk canang duk post dekat wall, 'Allah duga manusia yang Dia cinta'. Mudah betul hati ini untuk kembali senyum bahagia kalau sentiasa redha dengan apa yang Dia kurnia.

Pasal maa dan abah. Ini bukan nak buka pekung di dada. Ini sekadar mahu kongsi cerita.

*pause*

Maa dah punya pengganti.
Abah dah temui penyeri hidupnya sekali lagi.
Itulah yang dinamakan JODOH.
26 tahun kasih dan sayang mereka bertaut, lalu putus dengan penceraian.
Itu ketika saya di tahun satu di universiti.

Dulu mungkin sedikit tercalar di hati.
Mungkin juga sering menangis seorang diri.
Kadangkala mengenangkan nasib yang menyedihkan, saya jadi lebih suka menyepi.

Tapi sekarang tidak lagi.
Melihat adik-adik membesar dengan bahagia, kakak yang selalu riang.
Maa dan abah senyum dengan pasangan masing-masing.
Hati jadi senang.

Rupanya memang tepat sekali percaturan Tuhan.
Hebat sekali aturan yang Dia jadualkan.

*pause*

Hari mendatang pasti akan menduga lagi.
Tapi saya pasti, saya akan kuat kerana dugaan besar telah berjaya saya lalui.

*pause*

Habis cerita.
Mari beri sedikit santapan untuk mata kalian -- sedikit gambar di majlis pernikahan abah kesayangan. Wehuuuu~

Malas nak buat caption. Malas nak masukkan gambar satu-satu.
Malas sebab internet tak laju.

Gambar dengan kesayangan wajib-lah ada. Baru meriah.
(Thanks sayang sebab tolong jadi photographer. Sayang you lebih-lah. Haha)

Monday, October 29, 2012

Dari rantau

Alumni SMK.Seri Dungun.

Ahmad Anuar Muhamad -- Claude Bernard University Lyon 1, France.
Shamzubillah Mustafa -- Gunma University, Japan.
Ainul Asyikin -- University of Applied Sciences, Deggendorf, Germany.
Norsahida Mohamad Daham -- Murdoch University, Perth, Australia.
Aida Safina Aridi -- University of Leeds, United Kingdom.

Sempat mereka menjadi sebahagian dari isi diari zaman sekolah menengah saya.
Tumpang bangga.
Alangkah seronok & bahagianya ibu bapa mereka kerana punya anak-anak yang sedemikian rupa.
Tapi yang berada di Malaysia bukanlah tak hebat dan tak seberapa.
Semua bagus.
Cuma nasib & rezeki mereka untuk menuntut ilmu di perantauan, dan belum tiba rezeki kita.
Semoga nanti akan ada, Dengan izinnya DIA :)

Tuesday, October 23, 2012

Dear Fruit Heart


I don't mind if you wanna stay,
With that smile upon your face,
Hang around for a little while,
Travel away even for a mile.

I don't mind if you are far away
I'll be waiting for you anyway,

Under the sky of sunshine or rain,
I know 'm gonna be in your arms again.

Different continents,
Its not a thing.
Cause i know we'll be okay.
Endless borders,countless days,
Our love will pave the way.
I'll be your wall,
For you to lean on,
When you fall just try to hold on,
I'll be back in your arms,
Together we'll always be
For what may come.

#Lagu penuh makna untuk kamu yang sememangnya sangat bermakna dalam hidup saya.
Siapa lagi kalau bukan incik kekasih, si buah hati saya

 p/s : Untuk casio itu, belum terlambat kiranya saya ucap terima kasih, sayang. winkwink!
 

Saturday, September 29, 2012

Jangan berhenti berharap

Entry simple.

Hati² dengan hati kamu sendiri.
Kenapa perlu berduka jika terlalu banyak perkara yang mampu buat kamu senyum bahagia?
Ingat pada Allah, ketika gembira mahupun duka.
Kerana DIA takkan pernah meninggalkan kita.
Percayalah bahawa DIA sentiasa bersama hamba²-Nya.

Jadi kuat.
Jadi tabah.
Dan jadi gagah.
Setiap daripada kita ada kelebihan & kekurangan masing².

Berdoalah selalu semoga dikukuhkan iman dan taqwa.
Kerana DIA sangat mencintai suara doa-doa kita semua.
Salam penuh ta'zim.

Wednesday, September 19, 2012

Stalker hati rapuh. Haha

Bangun pagi dengan senyuman seindah suria. Dua hari lagi menuju hari impian hampir semua orang yang belum melaluinya.
Hari di mana diperlukan memakai jubah & topi empat segi. Hari Jumaat hari graduasi kami :)

 Baeklah, tutup topik konvokesyen sebentar.

Pernahkah kalian simpan habit @ tabiat  suka stalk manusia-manusia tertentu? Tak kiralah di laman sosial facebook, twitter (itu pun kalau tak private-lah), blog, dan lain-lain ruang yang boleh diteroka. Dan mengumpat juga salah satu sumber bagi manusia-manusia yang ingin cari maklumat insan yang sedang di-stalk. Hehehe. #Macam biaseeeee je buat :))

Isu-nya di sini bukanlah pasal stalk-men-stalk, tapi adalah berkenaan rasa sedih dan tak senang duduk yang timbul selepas segala aktiviti 'investigating' itu dilakukan. Kadang² sampai rasa lemah semangat. Susah-kan? Anda membandingkan diri dengan si anu binti/bin si anu, merasakan mereka ada kelebihan itu dan ini, rasa macam -- kenapa hidup aku tak macam tu???

Teruk benar.

Sepatutnya, rasa bersyukur yang perlu ditanam dalam hati dalam-dalam. Bersyukur dengan apa yang telah dimiliki, dengan apa yang telah dilalui, dengan apa yang telah dianugerahkan. Ingatlah kawan, teman, dan hati saya sendiri juga bahawa segala apa yang telah dilangsungkan untuk kita tempuh dalam hidup ini adalah yang sebaik-baik rencana. Kerana rencana-Nya adalah yang sebaik-baik perancangan. Allah itu Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Jangan sekali-kali merasa lemah atau tidak berpuas hati dengan segala sesuatu, tetapi berusahalah.

~ man jadda wa jada bererti sesiapa bersungguh-sungguh pasti dapat.

Semua orang memiliki potensi yang sama, cuma apa yang membezakan antara kita semua ialah sedalam mana kita menyemai dan menyiram rasa man jadda wa jada di dalam hati.

#Tamat sudah sesi meluah rasa dan pandangan di pagi hari. Mahu pergi mandi dan sekejap lagi ada sesi fotografi dengan kawan-kawan seperjuangan. Terujaaaaaaaa! Rasa sangat bangga tatkala menyarungkan jubah graduasi.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :))

Sunday, September 16, 2012

Saje² post.

Saje² post.
Kotla ada rezeki esok pagi bangun, tetibe ada dalam beg lappy.
Haha.
Macam²-lah kau ni Martina.

Friday, August 31, 2012

Bakal sarjana #Dengan izin Allah

31 Ogos 2012, jam 1437.

Perbincangan yang sangat serius dengan abah.
Serius yang sedikitpun tidak ada senyum.
Berbincang empat mata.

"Sebetulnya abah nak Atin sambung belajar lagi," kata abah.

Saya ingatkan, semua orang ingin lihat saya bekerja. Rupanya tidak. Ramai benar mahu saya terus menuntut ilmu.
Alhamdulillah, nampaknya ramai yang mendoakan dan menyimpan impian yang sama.

Perbincangan berakhir dengan rasa lega di dada. Gembira tidak terhingga.
Insya Allah, jika ada rezeki saya, status sebagai pelajar akan saya pegang semula.

*Tidak mahu ke majlis konvo sebab rasa nak bergambar dengan semua ahli keluarga di kampung saja. Boleh?

Wednesday, August 8, 2012

Rindu menggebu pada dia yang telah tiada

A very lovely song by Beyoncé
 

Miss her so much. Semoga bahagia di sana.
Alfatihah~

Monday, July 16, 2012

Dah makin tua, makin berusia.

Ke hadapan Kakcha (Aida Salisa Azam),

Selamat bertambah usia, bertambah pahala, bertambah kebahagiaan, juga bertambahlah kesenangan di dunia juga di akhirat kelak. Atin di sini mohon maaf kerana hanya mampu ucapkan menerusi blog sahaja memandangkan sekarang tidak berada di rumah untuk menyambutnya bersama keluarga. Atin sayang Kakcha. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi kakak yang paling sempoi, paling gila-gila, paling mengada-ngada, dan kadang-kadang paling manja. Terima kasih kerana menyanyangi saya walaupun kadang-kadang Atin ni annoying gila. Haha. Sayang kau! Hadiah? Tunggu saya kerja. Haha.

Selamat dunia akhirat hendaknya. Ameen :)

Dari adinda yang jauh di mata tapi di hati sentiasa ada.

Thursday, June 28, 2012

Waktu berlalu laju

Impian yang hampir pasti. Mohon doa kalian semoga sihat sehingga ke hari jadi.
Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke31.

 Tidak lama saja lagi.
Menghitung hari :)

Kepada skuad senior kami Cobra Satria, kami sayang kalian. Terima kasih kerana menjadi teladan dan beri banyak bimbingan. Tak lupa kepada Wira Panthera serta semua Young Officer yang tak pernah jemu menghulurkan sumbangan tenaga, ilmu pengetahuan, juga masa yang tidak terbandingkan. Kepada jurulatih tersayang (staf Cha a.k.a our gorgeous sister & staf Fauzi a.k.a abah), budi dan jasa baik kalian hanya mampu kami ucapkan jutaan terima kasih. Akan kami kenang sampai hujung usia; Insya Allah. Juga buat abang kami yang kadang-kadang garang, kadang-kadan budiman, dan kadang-kadang macam tak tahu kami nak baca apa dalam fikirannya, terima kasih, tuan. Kepada adik-adik junior dan intermediate, teruskan perjalanan kalian. Habiskan dengan cemerlang. Semoga berjaya. Dan akhir kata kepada semua warga PALAPES USM, terima kasih yang tidak terhingga. Kami menimba seribu satu pengalaman di sana. Akan kami guna untuk dunia realiti di luar kelak. Tiga tahun yang penuh suka duka. Tak pernah menyesal. Di balik yang perit itu ada manisnya. 17 Julai 2012 bakal menjanjikan permulaan yang baru buat kami pegawai kadet senior.

Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan kalian.

Buat skuad Tarantula Perkasa, ayuh kita sama-sama berjuang hingga ke penghabisan :)

Wednesday, June 20, 2012

Tiap hari sayang

When I find you, I'll find me.

Memang agak lama kita tak jumpa. Sangat lama kita tak bercakap. Sekadar mesej sekeping dua, itu pun untuk ucap selamat pagi dan selamat malam cuma. Tapi tak mengapa. Sebab kita sama-sama tahu, kita sama-sama percaya bahawa semua itu bukanlah masalah yang boleh buat kita hilang rasa cinta. Kita sekarang sedang membina masa depan. Di mana ia adalah untuk kita dan keluarga kita juga. Eh, saya jiwang tiba-tiba. Eeee, malu malu maluuu!








Sayang saya bukan hanya pada kata-kata mahupun coretan pena semata. Ia adalah dari jiwa dan hati tulus seorang hamba-Nya. InsyaAllah akan kekal sampai bila-bila.

Monday, June 4, 2012

Sakit penghapus dosa

Lebih seminggu tak sehat. Mula² demam selesema, and then batuk teruk. Sedih betul dengan tahap antibody yang semakin lama macam semakin out. Padahal, time² macam nilah saya perlu untuk terus kekal sihat memandangkan final exam bakal berlangsung tak lama saja lagi *tolong doakan segalanya berjalan lancar.

Hari ini dah masuk hari ke-8 saya batuk dengan agak teruk. Minuman berais, ice cream, dan segala macam bentuk makanan yang memudaratkan lagi batuk saya telah dielakkan. Saya bukan jenis mudah sakit, tapi kali ini memang lain macam sikit dugaannya. Moga² banyak-lah dosa yang terampun sebab sakit itu kan penghapus dosa. Insya-Allah.

Emosi pun sikit-sebanyak terganggu. Selalu saja rasa macam down tak kena masa. Sebab selalu sangat batalkan plan sebab sakit tiba-tiba teruk. Bukan apa, sebenarnya sekarang dalam perancangan nak back-packing dengan member-member. Mahu pusing-pusing sekitar Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan. Jadi, semoga sehat-lah cepat supaya perancangan yang dijadualkan boleh saya sertai dengan sempurna. Kalau boleh, nak jugak-lah jadikan activity ni as our last memorable vacation before graduate soon :)

By-the-way, sekarang dalam proses menunggu maklumbalas dari pihak Astro tentang offer yang saya terima minggu lalu. Harap² masih terbuka tawaran kerja itu hendaknya. Ameen. Nanti kalau positif, boleh-lah mula kerjaya sebaik tamat belajar. Macam seronok aje ^^ Tolong doakan ye. Hehe.

Dengan hanya mengingati Allah, hati akan tenang.

Tuesday, May 29, 2012

Adik@KMS

Kisah adik nombor dua.
Hari itu doa untuk Sijil Pelajaran Malaysia dia baik-baik saja.
Lepas itu doa untuk result dia cemerlang pula.
Alhamdulillah, keputusan membanggakan keluarga.

Sekarang dia berjaya ke Kolej Matrikulasi Selangor, intake ketiga sejak KMS itu ditubuhkan :)
Budak sains (terus nampak jauh lebih pandai dari saya. haha).
Alhamdulillah.
Berkat doa kalian semua juga.

Semoga Intan Shakira Azam dapat habiskan setahun dengan sempurna.

Gambar si bongsu (Iman) dan si kedua bongsu (Int. Shark)
*Sempat cuti sekejap balik kampung lepas interview tempoh hari. Semata-mata nak hantar dia ke sana :)

Friday, May 18, 2012

Kadet terbaik PALAPES Darat USM

Salam.

Sebagaimana pernah dimaklumkan dalam entry² sebelum ini, saya akan mengakhiri latihan selaku kadet di dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat Universiti Sains Malaysia tidak lama saja lagi. Tarikh yang ditetapkan telah ditunda, kepada 16 Julai 2012. Dalam pada itu, saya turut menerima satu berita yang sangat menakutkan, namun sangat memberi inspirasi untuk terus berusaha lebih gigih.

Berada dalam senarai pendek selaku calon Kadet Terbaik PALAPES Darat USM sempena Pentauliahan DiRaja PALAPES IPTA 2011/2012 yang bakal berlangsung di UUM. Kadet Terbaik/Best Cadet. Itu title yang menjadi idaman hampir semua kadet yang pernah mengikuti latihan. Alhamdulillah, saya semakin hampir kepadanya. Usaha dan kegigihan sekurang-kurangnya 'dilihat' untuk dipertimbangkan.

Maka dengan itu, pada Isnin (21 Mei 2012) saya akan menghadapi temuduga pemilihan bersama-sama 4 calon lain (yang kesemuanya adalah lelaki). Ternyata dugaan ini agak besar kerana calon-calon yang turut bersaing adalah sangat berkaliber dalam kami memiliki kekuatan tersendiri. Gugup, takut malah saya masih tidak dapat bernafas dengan baik setakat ini, setelah menerima berita berkenaan.

Kenapa saya memaklumkan semua ini?

Terus-terang bukan untuk mendabik dada, tetapi tidak ada niat lain selain memohon doa dari semua yang membaca. Saya sangat mengimpikan untuk berada di barisan paling hadapan membawa pedang dan menerima hadiah terbaik itu dari Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Sangat teringin untuk membanggakan kedua ibu bapa, membawa mereka ke UUM untuk menyaksikan anakanda menerima penghormatan berkenaan. Cukup besar nilainya kerana saya tahu, abah dalam diam turut menyimpan hasrat yang sama.

Mohon doa kalian.

Semoga impian dan cita² yang disimpan sejak tahun satu ini dapat direalisasikan. Ameen :)

Thursday, May 17, 2012

Doa buat teman

Hari ini tergerak hati untuk kongsi sedikit pengalaman tentang soal keagamaan.
ISLAM.
Mulanya bertudung dan lengkap menutup aurat. Cukup sopan malah sejuk mata memandang.

Kemudian bertemu si dunia penuh kemajuan. Mungkin pada penglihatannya, dunia itu tidak cantik dan tidak sempurna jika tidak turut serta mengikut aliran semasa. Maka dikurangkan mana yang selama ini dijaga. Tudung disingkatkan malah kadangkala hilang entah ke mana. Lalu baju disendatkan, kurung semakin jarang menjadi pilihan bahkan seluar 'membalut' lebih sering mencuri tumpuan.

Kecewa melihat dari jauh, namun berdoa semoga tidak tersasar ke jalan yang dimurkai-Nya.

Hari ini, tudung tidak lagi wujud dalam senarai keperluan. Bukan itu cuma, malah tidak lagi ada dalam almari dan laci pakaian. Diganti pula dengan skirt pendek separa lutut, singlet berwarna-warni, serta baju-baju yang mungkin 'up-to-date' pada pandangannya. Mungkin kerana material. Menyedihkan kerana dia sekarang jelas telah tewas pada pertaruhan urusan duniawi.

Sedih kerana itu bukan dia yang saya kenal dulu. Dia semakin sesat dan bahagia dengan caranya yang jelas lagi terang sedang mengumpul dosa. Nauzubillah. Menasihat sekadar yang mampu, semoga dia tidak lagi begitu sebelum namanya diseru untuk menemui Dia yang satu.

Dalam kekecewaan itu, terima kasih Tuhan kerana mengurnia rasa gembira kepada saya kerana masih sempat melihat kawan-kawan yang semakin ramai berubah. Berubah kepada kebaikan. Semoga dia juga akan berubah kepada perkara yang sama satu masa nanti. Insya-Allah :) Sesungguhnya, tiada apa yang lebih menggembirakan selain mendiami syurga-Nya nan abadi. Jadi, tidak mungkin perlu ada rasa putus asa, malu atau lemah dalam memenuhi keperluan dan kewajipan selaku muslim/muslimah sejati.

Saturday, May 12, 2012

His first Penang-view

First time bawa Milo outing jauh sikit daripada biasa. Selalunya Milo just ikut pergi kuliah, pergi bilik berita, pergi makan, dan pergi bilik skuad. Hari ini Milo dapat tengok view lagi best, iaitu view Penang dari Minden Hill. Seronok tengok budak ni aktif bebenor bila dapat sentuh rumput. Mungkin ini first time Milo rasa dan bau rumput. Haha. Bukan maen ligat dia lari dan lompat sana-sini. Padahal, siang adalah waktu tidur dia. Namun, dia mungkin tidak jadi haiwan nocturnal lagi sebab hari ini dah masuk hari kedua Milo tak tidur siang dan tidur dengan lena sekali pada malam hari. Sekarang 8.41malam, Milo dah lena bawah selimut :)


Ramai betul orang yang sayang si Milo nih. Sampaikan tahap saya pergi kuliah, member² semua serbu dan tanya bawak Milo ke tak. Bukan nak meraikan kedatangan saya. Ces. Melampau betul. Hahhaaha. Tapi takpe, itu bukan perkara tak elok pon. Lagi best bila lecturer siap kasi epal untuk Milo makan. Dan epal itulah rupa-rupanya epal yang Milo suka. Sebelum ni saya kasi epal jenis lain, Milo tak sentuh sangat. Thanks Dr Ming :)

*Ish, lain betul feeling-nya bila ada pet. Seronok lain macam :)

Thursday, May 10, 2012

Kita dan mereka

Sedih bila melihat kepada hubungan yang tidak berpanjangan.
Pengalaman.

Sedih melihat kawan-kawan kecewa kerana yang diharap tidak berkekalan.

Semoga tidak terjadi pada kami.
Together, if possible.
Insya-Allah.

Monday, May 7, 2012

Dunia caca-marba

Buah ranum pada tangkai; bahasa gugur dari hati
sekali janji, sekali nafi
sekali pancang, sekali pincang
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata,
"Aku apa peduli, kalaupun Shakespeare turun ke bumi!"

Jangan berikan undi, pada mereka yang menghina bahasa sendiri
jangan diundi pemimpin yang...

bertelinga satu
berlidah dua.
- Datuk A. Samad Said

Sunday, May 6, 2012

Jadi ibu kepada Milo

My new love, a naughty lil' boy.
Manja. Suka tidur besama-sama bear saya :)
Suka makan sambil mata pejam.
Suka sangat gigit-gigit walaupun gigi tak berapa nak ada lagi. Haha.
Dia macam burung hantu, siang tidur malam berjaga. Mati-lah saya kalau hari-hari macam ni. Sekarang 2 petang, dan dia sedang tidur di celah-celah bear like always :)

Dia sweet.
Dia berwarna coklat.
That's why I named him, MILO.

*Ada banyak sangat cadangan nama lepas saya dah muktamad buat pilihan. Haha. Neslo, Nesscafe, Kopi Janda, Idea, Malco, Nono, Oren, Awang dan macam-macam lagi. Sorry, saya lagi prefer Milo. Thats it :)

Sunday, April 29, 2012

Old school di jiwaku. eceh!

Klasik. Saya dah lama sedar bahawa di situ letaknya jiwa saya. Sebut saja budaya-budaya di Malaysia khususnya, saya cukup berminat untuk turut serta. Mungkin bukan sebagai ahli anggota, tapi sudah cukup walau sekadar pemerhati upacara. Indah, cukup indah.

Misalnya bulan lalu, menonton persembahan di Malam Citra Bayu. Budaya negeri Sabah yang serba sempurna dan mempersona telah menarik saya untuk mula bercita-cita untuk suatu hari nanti menjejakkan kaki ke sana. Sabah, tunggu aku.

Semalam, hadir dalam Fiesta Kebudayaan Zapin Johor. Pertandingan yang sebenarnya lebih kepada suatu pentas untuk membudayakan seni warisan negeri berkenaan. Saya jatuh cinta. Sebenarnya sudah lama hati ini tergoda pada tarian yang penuh kehalusan dan kelembutannya itu, cuma semalam baru punya peluang. Walau penat seharian menjalani latihan ketenteraan, masih mampu meluangkan masa untuk seni warisan itu. Demi minat. Melihat si kacak segak dan perkasa menggerakkan setiap susun langkahnya, juga si dara yang cukup anggun jelita mengorak tari dengan begitu lemah-gemalai. Benar-benar tidak menghampakan. Owh btw, tahniah UiTM Shah Alam kerana menjadi johan sulung :)


Begitu juga dengan seni wayang kulit. Teringat akan lawatan di Kelantan semester lalu. Ketika kami sempat menyaksikan persembahan khas seni wayang kulit selain dapat sendiri merasai pengalaman berada di belakang tabir. Bagaimana susun aturnya. Bagaimana Tok Dalangnya berbicara. Bagaimana watak-wataknya beraksi dengan penuh pesona. Bagaimana para pemain muzik yang pada saya masih muda tapi berbekalkan minat, mereka masih setia pada seni berkenaan.

Begitulah kata orang, tak kenal mana datangnya rasa cinta. Mungkin cinta saya pada segala elemen klasik menjadikan saya sentiasa berfikiran dan berpandangan terkebelakang. Bukan mundur, tetapi 'oldschool'. Saya selesa dengan cara itu.

Saya sudah agak lama menyimpan impian belajar gamelan. Bukan tarian, tapi perkakasnya.
Indah bukan main.


 Klasik. Disitu letaknya jiwaku.

Monday, April 23, 2012

Bulan ditutup awan

It is a beautiful classical song,
and she make it lovely.


 Tak pernah mengecewakan.
Indah sekali.

Saturday, April 7, 2012

Love Letter

Dan kerana aku ingin kamu,
Itu saja.


Together if possible

Selamat 23 tahun, sayang.



*Jika kaklong masih ada, hari ini arwah genap 28 tahun. Semoga kaklong bahagia di sana :)

Monday, April 2, 2012

Sniper rabun. Kau mampu?

Air Pistol & Air Rifle Shooting Game -- Subang, 18-22 April 2012
Representing the contestant; Martina Amira Azam.
Aku rabun kot! Haha
(Dan sekarang aku agak confuse, adakah rabun aku telah menjangkiti mereka yang pilih dan naikkan nama aku? Hurmmm, agenda politik ke ape nih? Haha)


7 April, birthday arwah kaklong & my incik kekasih. 7 April jugak terpaksa hilang seketika sebab ada latihan berterusan sehingga 14hb (menembak di Gurun, Kedah). Huhu. Tapi akan ponteng separuh latihan sebab ada tanggungjawab akademik yang perlu diselesaikan. Dan ada 'perancangan jahat' bersama rumet. Hahaha. Harap² segalanya berjalan sempurna. Ameen :)

*Kakcha mimpi kaklong. Agrhhhh, jeles! Nak jumpa kaklong gak!!!

Saturday, March 31, 2012

Bersikap tenang selalu

Teruja menunggu BK sampai. Teruja untuk melihat hasil kerja kami semua. Ini sebenarnya bukanlah BK pertama, ini yang ke-9 dah sebenarnya. Tapi tetap teruja.


Menunggu Berita Kampus siap dicetak dan akan diedarkan ke seluruh USM Isnin ini. Berdoa moga-moga dapat dicalonkan sebagai Best BK Sidang 2011/12. Insya Allah :)

Gambar 1 : Layout front page BK yang baru. Jauh berbeza dengan 8 BK sebelumnya. Salah satu sebab mengapa saya teruja luar biasa. Hehheehe
Gambar 2 : Sidang Editorial; Ketua Pengarang. Martina Amira Azam -.-
Gambar 3 : First time buat berita sukan. Haha

Bila bersikap tenang, kerja akan selesai dengan cara yang sangat matang. Saya percaya itu.


*Teruja luar biasa :)

Wednesday, March 21, 2012

Berpeluh-peluh. Fuhhh!

Adik aku yang amik result harini, aku pulak yang cuak sampai berpeluh ketiak.

Semoga berjaya my sista.
Kau dah usaha sehabis daya, rezeki semua DIA punya kerja.
Semoga kau dapat result best,
cemerlang,
gemilang,
dan mantap gitewwww :)


Sekarang kau dalam kereta dengan abah, otw ke mrsm kau.
Doa banyak².

Semoga kau berjaya, dik!
Si akak kau ni takkan pernah henti doakan kau yang terbaik. Ameen :)

 
p/s : Sekejap lagi bertolak ke KL untuk ASTRO Challenge 3 hari. Doakan aku pun baik-baik aje la dalam challenge tu nanti. Untung² dapat kerja kat sana. Insya Allah :)
(Cuma pegang pada 1 perkara, rezeki semua DIA punya kerja)
 

Sunday, March 18, 2012

Surat ringkas buat Hamizah K

Surat untuk my only babe :)

Hey babe, wahai engkau yang selalu aje jadi teman untuk aku melakukan perkara-perkara terlarang. Haha. Melakukan perkara-perkara tak dirancang dan sangat 'GILER KENTANG'.. Hey, aku sayang hang banyak-banyak. And hey, I just wanna you know that honey. Thanks for being there anytime and any moment when I need someone. And of course, even ini sem terakhir kita di USM, tapi its never be the end of our friendship. Remember that, ALWAYS!

 Momen indah di Padang Minden.

Menikmati pemandangan indah sambil menghirup se-plastik ayaq soya. (caption gagal)

Aku,
MARTINA AZAM. Peace yaw!

Thursday, March 15, 2012

. . . . . . hey sayang

I love you to the moon and back
Hati perlu kuat dan tabah dan gagah dan berani dan senyum selalu.

Wednesday, March 7, 2012

check check check

Hobi baru.
Cinta hati baru.
Incik kekasih terpaksa-lah share rasa sayang saya ini dengan si dia yang saya gelarkan sebagai...

My lil' baby boy bucuk tembam putih gebuuuuuu.

Haha. Sikit punye panjang.

Oke fine, name singkatan beliau adalah : My 23rd
(Sebab? hehe. Sebab sekarang umo dah 23, dan dapat pon time birthday yang ke-23. Sedar diri-lah Martina, awak tu dah lama masuk umo yang layak mengundi. Buatlah pilihan yang tepat demi masa depan negara bangsa awak. Tetibe-lah plak kan? Dah, stop melalut.)

Terima kasih, abah.
I'm as lucky as can be, for the world's best dad belongs to me.


Mission accomplish :)

Thursday, February 23, 2012

I call it L♥VE

I have loved you for a thousand years, and I'll love you for a thousand more.


When I first saw you I fell in love and you smiled because you knew.
                                                                                                        - William Shakespeare.

Sunday, February 19, 2012

Journey to the end has begun

Kata salah seorang teman;
 
FINALLY, the start of the end.

Biar orang tak suka kita. Biar orang membenci kita. Biar orang mencaci kita. Senyum dan hadapi sama-sama. Percayalah kawan, Allah sentiasa menduga hamba-Nya yang DIA cinta. Maka, berbahagialah kita kerana tergolong dalam kalangan itu. Belajar untuk memaafkan, dan melupakan. Bukannya membalas dendam, lalu menyesal kemudian. ALLAH Maha Adil...!

Masih akan selalu ada yang sayang

Praise and criticism comes hand and hand in all walks of life. But being strong mentally and having a great family makes everything sweet. - Dinah K.

Sumber : Apai USM
 
My dear Tarantula Perkasa, be strong. We can firmly face it.

Sincerely,
Martina Azam.

Friday, February 3, 2012

Hey, it's now turn to six

I will fall for a guy who will :

>> Menjaga hubungannya dengan ALLAH >> Menjaga hubungannya dengan ibubapa >> Cook with, or for me >> Watch movies with me on lazy days >> Keep surprising me >> Love me back :) >> Love me the way I am, no matter what >> Berpegang pada janji-janjinya >> Let me sing along to the radio >> Help me face my fears >> Remember a lil' things >> Make me smile, even when my hardest moment >> Treat me, sometimes, like a child >> Treat me, sometimes, like an adult >> Love me back >> Mencintai saya & menerima keluarga saya >> Mampu mengatur cita-cita, kewangan, perancangan hidup dunia tanpa mengabaikan akhirat >> Love me back    

>> someone who can be the other half of me.


>> and I've found all that in Ikram Jaafar. 

Selamat ulangtahun ke-6 sayang. Semoga impian kita terlaksana. Menunggu dan berusaha menuju hari itu. Semoga diberkati-Nya selalu hendaknya. Ameen. Saya sayang awak :) Saya memang tak pandai nak wish kan. Sorry-lah sangat. Takpe². Janji awak dapat rasa dalam hati paling dalam (eceh, kemain lagi maen hati-hati paling dalam bagai. Macam telenovela) Lebiu ucuk. Lebiu sooooooo much. Cepat² kumpul bajet kawen yep. Hahahha. Sepak free nak?

.
.
.
.


 >> Thankyou ALLAH.
 

Thursday, January 26, 2012

Fuji Instant Cam

Teringin memiliki
Ketiga-ketiga gambar di atas adalah dari saffawati.com (promote sekali. hehe). Ketiga-tiganya merupakan dari koleksi Fujifilm Instant Camera. Tapi seriously saya sangat jatuh cinta pada yang putih tuuuuuu. Plain but still, memikat hati saya. DSLR dah lama tak sentuh, terperap dalam beg sebab minat dah hilang pada benda alah tuh. Sekarang, yang ini jugak yang kau suka Martina oi. Teringin memiliki. Alahai, sila sabar Martina. Sabar~

Monday, January 16, 2012

Hip² Hooreyy~

Semua seluar sudah makin ketat.
Semua baju sudah kian sendat.
Nasib baik banyak stok pakaian, so takde hal sangat-lah.

Badan makin naik.
Berat kian bertambah.
Itu bermakna target saya sudah tercapai.

Alhamdulillah. Tak sia-sia saya berusaha makan nasi 2-3 kali dalam sehari, minum air banyak², dan cuba mengekalkan menu berat selalu. Mungkin jadi macam ini sebab dah agak lama tak buat physical training. Nanti semester baru bermula dan start bersukan pagi-petang-siang-malam-hari minggu-hujung minggu, mungkin keadaan sekarang akan berubah kembali kepada diri saya yang kurang BMI. Maka, saya perlu selalu makan banyak² tapi menu yang sehat² supaya saya boleh menjadi diri saya yang sekarang.
Hip² Hoorey~

BMI (body mass index) 19.4.
Target sebenar 20.
Maka perlu tambah berat lebih kurang lagi 1.5 kilo. Go fighting, Martina!

*Kenapa saya happy sangat? Tekan sini untuk tahu lebih lanjut. Kbai :)

Friday, January 13, 2012

Incik Azam's (martina amira)

My Personality : Let's check it out peeps :)  

>> I’m a mess and happy with it >> I’m human, I make mistakes >> I’m sarcastic >> I like weird things >> I cry easily >> I have a bad temper >> For the most part, I don’t like people (kidding. LOL) >> I always lie to myself just to make it bearable >> I’ve smoked >>I have endless 'what IFS' before I get sleep >> I don't eat Nasi Lemak >> I'm always think of all the people I miss >> But I think of all the people I hate most of the time. HAHA >> I'm easy to get along with >> I love my parents more than anything, love so much >> I wish to learn guitar >> I say 'I don't know' to everything when I'm not in the mood to talk >> I hate someone and I think that person knew it >> I love shoes so much >>And bags too (but I didn't owns a lot) >> I know people who hates me. And I don't care at all. I can firmly face it >> I'll be a great mom to Suri Khadeeja & her siblings. hehehhe.
     This just 0.002% of my personality. You think you know me? Think again.

    Thursday, January 12, 2012

    If you want to be happy, then be :)

    ... a lil' bit longer and I'll be fine. aja fighting, Martina!
     
    credit to : mustachegirls.tumblr.com & cik izyan baek hati

    Sunday, January 8, 2012

    Disney Fairies di musim peperiksaan

    Terima kasih mizah sebab sarankan cerita ini untuk ditonton. Haha. Waktu ulangkaji lebih menyeronokkan. Dan kepada sesiapa yang takde kerja, try la tengok cartoon movies from Disney ini, saya confirm anda takkan menyesal. Best siotttt! Takde-lah boring sangat study. Back-to-back layan this 5 fairies :)

     1. Trangled
    Rapunzel yang sangat comel dan rambut dia yang siriyes panjang tapi terurus. Padahal itu semua grafik punya tipu-helah. Tapi saya tak kisah, sebab best bila imagine semuanya. Indah!

     2. Cinderella
    Tipu sangat kalau korang cakap korang tak tahu cerita ini camne. Jangan bohong. Favorite part saya adalah time Cinderella ditukarkan jadik cun melecun. Fullamak, gila cantek gaun dia. Cun habessss~ (Berangan sat)

    3. Beauty and The Beast
    Ini saya pasti most of us dah selalu tengok masa kecik-kecik dulu. Rasa macam jadi budak balik time tengok lagi sekali, even usia tak lama saja lagi akan masuk 23. Hehehe :)

    4. Up
     Ini kisah agak sedih, sampai kalau silap haribulan boleh sampai tangkap leleh. Bukan saya-lah yang sedih-sedih melampau macam tuh. Nono-lah. Time laki-bini hepi-hepi, even takde anak, still boleh gumbira seadanya,.. sangat menarik :D

     Dan disebabkan sangat menarik, saya UP-kan 2 gambar. Heh~


     5. Tinkerbell and The Lost Treasure
     Untuk yang ini, hurmmmm.. Agak menarik. Boleh tahan. Even kurang logic. Eh, fairytales, tang mana nak ada logicnya huh? LOL

    Waktu bermain-main sudah tamat. Sekarang masa untuk fokus. You go girl! 
    Sumber gambar dari Google

    *All the movies become more and more interesting, entertaining, fun, and exciting during exam weeks. Kejam-kan?

    Friday, January 6, 2012

    Babe, senyum selalu-lah

    Balik kampus.
    Usai solat, terus on lappy untuk check mail-box and usha belog. I'm smile. I've found this :D


    nota kaki : two days in a row kept crying since come back campus. plus on my way back here my dad asked me why he kinda have a feeling that i'm not in the mood to go back campus. seriously, this time i leave my heart back home because i just don't have a heart here. sigh. all sort of thing just pop out in my mind.
    but, suddenly i received a text from a very good friend :

    "jangan mereng dulu, nanti aku sampai sana, kita mereng sama-sama oke babe! nanti kita hang out sesamer oke! chill babe!"
    (huh! suddenly felt relief. seriously. nak hang out macam bukan minggu exam-lah! )

    *mesej yang saya sent pada dia ketika saya berada di kampung. Ternyata baginya, sangat membantu. Alhamdulillah. Walaupun kami jauh pada jarak, sekurang-kurangnya saya mampu berada 'dekat' pada persahabatan kami.
    Sahabat saya yang satu ini, kuat orangnya, kuat fizikalnya, juga kuat akal sihatnya. Cuma satu, kurang kukuh hatinya kerana mudah pula dia tersentuh pada perkara-perkara yang remeh bagi kebanyakan manusia. Hamizah Khairuddin. 5 pagi saya tiba di Terminal Bas Sungai Nibong. Dia orang pertama yang saya hubungi. Dia yang takut bawak motor kerana trauma excident, digagahkan juga untuk cuba menjadi berani, datang menjemput saya. Sweet gilerr :D Hurmmmm. Taktahu macam mana nak tanggung ghinnnndu lepas terpakse berpisah bila dah abes study nanti. Tak sanggup nak fikir! Siriyesly takmo fikir lagi! Alahai~

    Wednesday, January 4, 2012

    Violets are blue, I LOVE you

    Ingat-lah, syg sedang membawa harapan mak & abah. Semoga berjaya :)

     -sudah hampir enam tahun-


    Every love story is beautiful, but ours is my favourite.

    Budak itu dah jadi student balik. Hehehe
    Wish you were here. But its fine, I'll wait for you

    Sunday, January 1, 2012

    Please! Please! Please!

    Head up, stay strong, fake a smile, and MOVE ON!
    2011 berlaku dengan baik, dan saya mengharapkan 2012 menjadi sempurna.
    Dan pastinya, saya akan berusaha sehabis daya. InsyaALLAH :)


    hoping, praying, and doing SO HARD, I'll.