Saturday, September 29, 2012

Jangan berhenti berharap

Entry simple.

Hati² dengan hati kamu sendiri.
Kenapa perlu berduka jika terlalu banyak perkara yang mampu buat kamu senyum bahagia?
Ingat pada Allah, ketika gembira mahupun duka.
Kerana DIA takkan pernah meninggalkan kita.
Percayalah bahawa DIA sentiasa bersama hamba²-Nya.

Jadi kuat.
Jadi tabah.
Dan jadi gagah.
Setiap daripada kita ada kelebihan & kekurangan masing².

Berdoalah selalu semoga dikukuhkan iman dan taqwa.
Kerana DIA sangat mencintai suara doa-doa kita semua.
Salam penuh ta'zim.

Wednesday, September 19, 2012

Stalker hati rapuh. Haha

Bangun pagi dengan senyuman seindah suria. Dua hari lagi menuju hari impian hampir semua orang yang belum melaluinya.
Hari di mana diperlukan memakai jubah & topi empat segi. Hari Jumaat hari graduasi kami :)

 Baeklah, tutup topik konvokesyen sebentar.

Pernahkah kalian simpan habit @ tabiat  suka stalk manusia-manusia tertentu? Tak kiralah di laman sosial facebook, twitter (itu pun kalau tak private-lah), blog, dan lain-lain ruang yang boleh diteroka. Dan mengumpat juga salah satu sumber bagi manusia-manusia yang ingin cari maklumat insan yang sedang di-stalk. Hehehe. #Macam biaseeeee je buat :))

Isu-nya di sini bukanlah pasal stalk-men-stalk, tapi adalah berkenaan rasa sedih dan tak senang duduk yang timbul selepas segala aktiviti 'investigating' itu dilakukan. Kadang² sampai rasa lemah semangat. Susah-kan? Anda membandingkan diri dengan si anu binti/bin si anu, merasakan mereka ada kelebihan itu dan ini, rasa macam -- kenapa hidup aku tak macam tu???

Teruk benar.

Sepatutnya, rasa bersyukur yang perlu ditanam dalam hati dalam-dalam. Bersyukur dengan apa yang telah dimiliki, dengan apa yang telah dilalui, dengan apa yang telah dianugerahkan. Ingatlah kawan, teman, dan hati saya sendiri juga bahawa segala apa yang telah dilangsungkan untuk kita tempuh dalam hidup ini adalah yang sebaik-baik rencana. Kerana rencana-Nya adalah yang sebaik-baik perancangan. Allah itu Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Jangan sekali-kali merasa lemah atau tidak berpuas hati dengan segala sesuatu, tetapi berusahalah.

~ man jadda wa jada bererti sesiapa bersungguh-sungguh pasti dapat.

Semua orang memiliki potensi yang sama, cuma apa yang membezakan antara kita semua ialah sedalam mana kita menyemai dan menyiram rasa man jadda wa jada di dalam hati.

#Tamat sudah sesi meluah rasa dan pandangan di pagi hari. Mahu pergi mandi dan sekejap lagi ada sesi fotografi dengan kawan-kawan seperjuangan. Terujaaaaaaaa! Rasa sangat bangga tatkala menyarungkan jubah graduasi.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :))

Sunday, September 16, 2012

Saje² post.

Saje² post.
Kotla ada rezeki esok pagi bangun, tetibe ada dalam beg lappy.
Haha.
Macam²-lah kau ni Martina.