Wednesday, December 11, 2013

Rumusan cerita.

Suatu pernah.

Aku kongsi cerita dan luahan hati di sini.

Tentang hasrat abah melihat aku kembali study.
Itu setahun yang lalu, serius sekadar impian yang dalam-dalam aku selitkan di hati.
Sebab aku fikir, mungkin susah untuk aku jadikan realiti.
Sebab aku fikir, keluarga lebih perlu untuk aku mula mencari rezeki.

Tapi alangkah nasib dan aturan-Nya lain sekali.
Aku curi² buat permohonan (dengan bantuan si buah hati).

Dan dalam perjalanan itu, aku gagal sekali.
Permohonan aku ditolak untuk buat lagi satu degree.
Benar, aku mohon ijazah lagi kali.
Konon nak buat double-degree.

Dalam usaha dan perjalanan itu, dikurnia tawaran USM tercinta. Jadi student postgraduate-nya, memang serius tak pernah aku duga. Lama fikir. Dan aku tidak maklumkan kepada keluarga. Dan kemudiannya, tawaran itu tamat tempoh begitu saja. Aku biarkan ia dengan sia-sia sepenuhnya. Sebab aku fikir, keputusan (jika aku terima) mungkin akan buat hati-hati lain terluka.

Agak lama aku berduka.
Sebab tidak ikut hati dan kehendak di jiwa.

Akhirnya UPSI memanggil, permohonanku diterima.
Alhamdulillah syukur tak terkata.

.
.
.

Dan kehidupan di sini tidak mudah.
Pernah hadapi housemate jenis bawak masuk lelaki.
Pernah hadapi berhari-hari tak jumpa nasi.
Pernah hadapi hampir seminggu cuma makan roti.
Pernah juga hadapi seminggu itu tidur sekitar empat pagi.
 
Kerja banyak tak terkira.
Kuliah lama panjang berjela.
Kuiz, ujian, jangan kata.


Cuma pada awalnya saja.

Sebab sekarang semua macam hampir sempurna.


Semester satu bakal sampai ke penghujungnya.
Gembira!

Saturday, November 2, 2013

It is okay.

I am upset.
But it is okay.
I'm doing just fine.
I will be alright.

I'll keep that promise.
Thanks for making me waiting for such a long time.
Thank you.

I am upset.
But it is okay because I will be alright.
Just please; never make promises.
Any-more.

Friday, October 25, 2013

Hati.

Wahai hati;

Ingatlah untuk sentiasa kuat, kukuh, dan berdiri teguh menghadapi segala apa yang datang. Semua ini takkan pernah mudah, sebab Allah suka menguji hamba²-Nya, demi menjadikan mereka menjadi manusia yang tabah. Allah suka mendengar doa hamba²-Nya. Ingatlah juga bahawa perjalanan hidup takkan sentiasa lurus. Takkan pula sentiasa mulus. Malah takkan mungkin sentiasa telus. Akan ada saja halangan dari apa-apa dan siapa-siapa di sepanjang jalan itu. Sinilah perlunya kamu teguh, kuat, dan kukuh.

Wahai hati;

Jangan pernah lupa untuk sentiasa berpegang pada Dia yang Esa. Percaya sepenuhnya. Percaya sepenuh jiwa. Maka kelak kamu takkan sesat, tersasar, dan alpa. Sebab Allah tidak menyesatkan kita, melainkan kita sendiri yang cuba menjauhkan diri dari landasan yang disediakan-Nya.

Wahai hati;

Hidup ini sesungguhnya satu perjalanan yang panjang. Janganlah kamu fikir bahawa orang yang kamu perlu itu akan sentiasa ada. Dalam susah senang kamu. Dan senyum dan tangis kamu. Mereka takkan selalu ada. Walau mereka menjanjikan untuk sentiasa bersama.

Maka berpeganglah pada Dia yang Esa satu²nya.
Sebab Dia PASTI sentiasa ada.
Di setiap ketika.
Dan setiap suasana.

Jadi,

Wahai hati;

Kuatlah.
Kukuhlah.
Teguhlah berdiri.

Jangan mengharap pada dia, dia, dia, dan mereka.
Memohonlah pada Dia yang Esa.
Sebab Dia akan selalu ada.

Monday, September 30, 2013

Nah hamik.

ye. aku tau aku tak cantik.
tapi aku tak gedik.
aku mahal.
 
fynnjamal, 5 november 2010.
 

Tuesday, September 24, 2013

Boleh tak kalau nak buat luahan hati kat sini?

Even if you said NO, saya still nak buat luahan hati kat sini.
Hari ini Selasa.
Esok Rabu.
Maka lusa adalah Khamis, juga menjadi hari di mana genap seminggu saya di sini.
Gembirakah?
Mudahkah kehidupan di sini?
Selesakah?
Bahagiakah melalui hari-hari di UPSI?

Negatif.

Totally negative.

Saya tak gembira.
Sungguh sedikitpun saya tak tipu.
Dan saya ingin segera 2 tahun berlalu.

Life di sini sesungguhnya takkan pernah sama dengan hidup di USM dulu. Tiga tahun sebagai pelajar degree, bersama teman-teman sekepala benar-benar membahagiakan. Sedangkan sekarang, life as a postgraduate student memerlukan untuk saya hidup sendiri. Benar, saya ada teman sebilik, rakan serumah, kawan sekuliah. Tapi, sungguh. Sungguh saya tidak punya jiwa dengan mereka. Mereka baik, mereka ramah, mereka prihatin malah mereka penyayang. Namun takkan pernah mampu mengisi tempat teman-teman lalu.

Takkan mungkin mampu.

Jika benar saya meletakkan harapan terlalu tinggi, yakni mencari sahabat sejati seperti teman degree, saya serius tidak memaksudkannya.

Saya cuma ingin hidup yang tidak seperti sekarang.
Tidak seperti yang hari ini.
Tidak seperti yang saya lalui setakat hampir seminggu di sini.

Saya harap, dua tahun cepat berlalu pergi.

Serius tak larat nak hidup begini.
Menangis sendiri.
 

Saturday, September 21, 2013

Sayang.


Saat asaku mati dan jiwamu berlari dari dunia yang hiba
Dalam kelam bersua kunang-kunang cahaya dari kelip jadi semesta
Aku panah dan engkau busur kayu retak menghasil lagu
Jangan berhenti menyusun senandung
Jadikanku tulang rusuk yang menyempurna tubuhmu
Jangan berhenti menepuk tanganku.


I've found mine.
Semoga aturan-Nya denganku adalah dia; Ikram Jaafar.
Ameen.
 

Jangan berhenti menepuk tanganku.
                                                                                                                                           Wani Ardy.

 

Friday, August 30, 2013

Buku baru.

Lepas Ogos ini.

Akan ada sasaran baru yang perlu aku tepati.
Akan ada kepentingan lain yang akan aku penuhi.
Akan ada pula seribu macam perkara yang mahu tak mahu, harus aku lunasi.

Lepas Ogos.

Status aku akan bertukar.
Kedudukan aku juga akan berubah.
Keadaan aku memang sudah tentu bukan seperti sekarang.

Sebab lepas Ogos ini.

Aku akan jadi pelajar semula.
Berada jauh dari keluarga.
Dan tidak mungkin gembira dan bahagia macam sediakala.
Sebab jauh dari mereka, pastinya bakal sangat menduga.

Lepas Ogos.

Perjalanan untuk mengatur masa depan akan menjadi sangat serius.

Eh, SEBENARNYA SEBELUM INI AKU SUDAH SERIUS.
Cuma perancangan itu tidak begitu tepat.
Mungkin.

Jadi selepas Ogos.
Tidak mungkin sedikitpun aku bazirkan.
Baik masa, tenaga, harta, juga jiwa.
Tidak akan aku bazirkan.

Sebab selepas Ogos.

Segala yang aku aturkan adalah demi masa depan.



-- 29 Ogos lalu, aku menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Penerangan (pelajaran kesihatan) S41. Keputusannya bakal dimaklumkan 3 Oktober 2013. Mengharap sudah tentu, menginginkan sudah pasti. Jika ada rezeki, akan dipanggil untuk temuduga. Belajar? Masih diteruskan, cuma kerjaya aku dahulukan. Semoga dimudahkan perjalanan. Dengan Izin Tuhan.

Thursday, June 20, 2013

June.

Macam lama sungguh tak bikin entry.
Macam lama sungguh tak menaip.
Macam² nak tulis, tapi macam tak tahu nak beritakan macam-mana.

Ish.

Bulan 6.

Semua hampir serupa.
Hari yang dilalui hampir sama.
Cuma yang berbezanya, kita semua semakin tua dan alam kematian semakin mendekat.

Kerja masih sama.
Letih tak kira masa.

Tapi, masih gembira dan bahagia.

Bulan 6.

Rindu kawan-kawan masih belum terubat.
Rindu USM tetap sentiasa tebal.
Rindu pada semua kenangan lepas; yang manis, pahit, pedih, susah, dan senang.

Rindu segenap perkara yang ada dalam kenangan-kenangan itu.

Bulan 6.

Banyak sungguh temuduga kerajaan yang hadir.
Bukan untuk aku saja.
Ada yang berjaya, dan tak kurang pula yang rezekinya tiada.
Dan aku salah seorang daripadanya.
Ternyata ada degree kadang-kala jadi penghalangnya.

Ralat?
Sedikitpun tiada.
Sebab aku yakin, rezeki yang lebih baik akan hadir.
Hehe.

Menunggu September untuk masa depan yang lebih berbeza.
Dengan izin-Nya.

Bulan 6.

Ramai kawan-kawan mendirikan rumahtangga.
Ramai juga teman yang dapat cahayamata.

Keluarga kami juga akan bertambah seorang teruna.
Eh, sabar menanti.
Semoga lahirnya serba sempurna.
Jadi anak yang boleh berjasa pada ayah bonda.

Keluarga kedua saya?
Alhamdulillah, hubungan semakin erat.
Mak, abah, dan semua beradik; saya rasa bahagia seperti bukan lagi dengan keluarga kedua.
Syukur sungguh sebab diterima seadanya.
Dilayan semesranya.
Disayangi sepenuh jiwa.
Dikasihi sedalam rasa.

Kesayangan hamba?
Gembira betul dia sebab sekarang sudah tak pakai lagi roda dua.
Seronok betul dia sebab sudah punya kereta.
Tahniah kanda.

Perancangan hari muka?
Semoga terus begini.
Senarai sudah ada, cuma tinggal direalitikan saja.

Tunggulah, sampai masanya takkan ke mana perginya ia.

Doa saya cuma satu saja.

Semoga dikekalkan rasa cinta.
Antara teman² semua, saudara-mara, keluarga pertama, keluarga kedua, dan dengan si dia.

Sebab bila adanya cinta, bahagia sekaligus datang bersama.
Dan bila bahagia itu ada, pasti segalanya sempurna.
Sama ada kerja, tetangga, malah hubungan dengan-Nya.
Pasti terjaga.

Mulanya dari cinta.

Bulan 6.

Hampir sempurna.

Tuesday, May 21, 2013

Wednesday, January 2, 2013

Very the small one-lah!

Hidup takkan mudah.
Jadi jangan pernah lemah.

Saya percaya.

Sedikit masa lagi, semua ini akan terganti dengan kebaikan yang luar biasa hebatnya.

Saya percaya benar.
Bahawa setiap yang diusaha pasti akan ada ganjarannya.
Cepat atau lambat bukan urusan kita.
Cuma sabar saja.

Saya percaya dan yakin sedalam-dalam hati saya.

Senyum dan positif sentiasa.
Alaaaaa, kalau orang lain boleh bahagia kenapa tidak saya.
Kenapa tidak anda.
Kenapa tidak kita.
Kan?

Chill-lah Martina.
Small the pieces aje ni semua.

p/s : Target untuk miliki note untuk sedikit masa saja lagi.
 
.........................................................................................................................................................................................................................

Dan ini lain cerita pula. Hehe. Malas nak buat 2-3 entry.
Tak lama lagi akan dapat anak buah. Doa semoga dapat kembar, baru gempak sikit. Haha. So, setiap hari jadual kerja saya akan jadi lebih padat dan lebih berat memandangkan kakak kesayangan mengalami alahan. Almaklumlah orang mengandung, manjanya lain macam. Hehe. Jadi memang susah betul untuk luangkan masa untuk mereka-mereka yang saya sayang. Kekasih hati, kawan-kawan, malah untuk ber-sms pun jarang benar. Maaf untuk semua yang terlibat dalam perjalanan hidup saya. Harap mampu mengerti dan memaafi.

Rindu benar.
Itu saja.

Kbai.