Tuesday, March 29, 2011

I expect too much

I know life is unfair, but this is f**king ridiculous.

NO. I'm not oke :(


Friday, March 25, 2011

Dia sentiasa ada :">

Salam muhibah, salam penuh keikhlasan dari hamba insan bukan sembarangan.
(Eceh, pendahuluan dah buat semua orang geli geli lubang hidung. Saya peduli? oke, TIDAK SAMA SEKALI)

kecik kecik dah comel. besar besar apatah lagi :)

Yang maklum akan maklum. Yang faham akan faham. Yang tak reti reti, ada pintu keluar sentiasa tersedia.


Ingatlah bahawa Dia sentiasa ada.
p/s : Kecik kecik dah comel, besar besar apatah lagi. Sekian, salam 1 siswa 1 Malaysia. [poyo]

Thursday, March 24, 2011

KL to nowhere

Perancangan serba sederhana tapi masih sempurna.

Penang - Perak - K.Lumpur - Selangor - K.Lumpur - Penang.

Si husna yang masih tak hilang penatnya berbasikal di kampus kesihatan, Si rumetku zurina yang sentiasa berpesan pesan akan keselamatan pemanduan, Si akmarina yang mampu menyanyi sepanjang jalan tanpa sedikitpun tenaganya hilang, dan Si saya yang boleh tidur ketika mereka semua ber dup dap dup dap redah hujan lebat. Siap nyaris nyaris kereta belakang nak kiss bontot kancil comel kami. Pengalaman :">


Rumah Anak² Yatim Darul Ihsan: Tuhan, terima kasih kerana saya masih punya maa dan abah. Terima Kasih banyak banyak. Paling kurang, saya dapat rasa apa yang mungkin mereka teringin sangat rasa. Semoga mereka sentiasa bahagia walau Allah tidak limpahkan kasih sayang ibu bapa buat mereka. Di syurga sana pasti mereka akan bertemu jua segala yang mereka damba. Ameen.


Belalang, si pemalu :)
*akak sayang adik adik semua. hurm, kalian comel comel belaka :)


..........selesai di Perak, ayuh ke KL lompo.

Si zhamir yang baek hati belanja kami Domino 2 biji, Si raimi bajet dia lagi besar dari saya (oke fine, saya akan makan lagi banyak banyak), plus Si hada akak Si husna yang kecik sama macam si adiknya.

 oke. fine. kami jakun tak pernah jumpa singa besar gabak

Saya yang cari barang, tapi mereka yang borong sakan. Tak aciiiii..!
Incik kekasih takde kat sini time ni, kalau tak...sah sah la kami nge-date-ing. Rindu awak-lah ucuk :)


..........tidur time. Khrooohh, krhhoohh.
.
.
.
.
.
hey hey selamat pagi dunia :)

Si rumet terpaksa jinjat. ATM terlalu tinggi atau Si zurina too short? Keh keh keh. By the way, sebelum jengjalan, korek duit sket.

Gambar kiri : Si pendek yang marah kat jurugambar kerana gagal nampakkan dirinya macam tinggi.
Gambar tengah tengah : Si kaki shopping yang sedang kawal diri untuk puasa membeli belah pada hari itu.
Gambar lagi satu, kanan tu : Gagal mengenalpasti motifnya.

Cantik itu subjektif.
Monday 21st, 2010. KL to nowhere.


Wednesday, March 16, 2011

Ikram Jaafar

Awak dah curi hati saya, so jangan awak berani berani maen jaoh jaoh. Ini amaran keras *kening²

Mahu macam ini :">

Thnx Allah kerana pinjamkan saya Mohd Ikram Jaafar.
Thnx Allah kerana sayang saya.
Thnx Allah kerana sekarang saya ada someone yang boleh saya nangis kat bahu dia.
Thnx Allah.

- Saya punya keluarga, dan saya masih sayang mereka melebihi segalanya. Itu takkan mungkin berubah. Tanpa maa abah adik akak, takkan mungkin Atin jadi diri Atin yang hari ni. Comel, sweet sweet candy gitu :)

- Sayang Ikram Jaafar ni, sayang yang laen. Hehehee. 15 Mac 2011, banyak planning kami. Ohooo, semua bakal menjadi. Planning apa? Owh usah ditanya. Rahsia kami. Wait and see. Usaha usaha usaha tak henti henti. Oke. Ameen. eh eh anda semua tlg doa la ek :)

- Sayang saya pada semua ini, makin hari akan makin terus bertambah. Itu saya punya janji. Tanpa mereka, saya bukan siapa siapa. Siriyes, saya bukan siapa siapa. Saya mungkin hanya seseorang yang ditanyakan sebagai "siapa?". Owh tidak. Saya mahu jadi seseorang yang siapa siapa. Haaa, pening kan? Same la kita :P

- Saya kering idea. Apa yang saya tahu, bahawa saya sayang mereka melebihi segalanya. Akan terus bertambah hari demi hari. Walau apa yang berlaku. Itu janji saya. Itu janji saya. Itu janji saya. Itu saja.

Soalan :
Kenapa perlu ulang ulang perkataan yang sama? Perlu kah?
Jawapan :
Entah, rasa macam kiut kiut aje buat macam tu. Penuhkan ruang mungkin. Bernas bernas bernassssungguh jawapan saya. Kehkehkeh. Ske ske aje. Tak salah kan?

*Sepatutnya soalan jangan dijawab dengan soalan. Ingat itu adik adik.

Fullstop.

Tuesday, March 15, 2011

Mana rasa itu hilang?

Selama usia saya, selama itu kita bersama.
Tapi, hari ini.
Saya rasa kita jauh.
Macam hari ini baru kita bersua.
Macam hari ini baru kita kenal.
Macam hari ini baru segala galanya bermula.
Mana kita yang dulu dulu?
Saya rindu semua itu.
Saya rindu.
Kita bersama cukup lama.
Tolong kembalikan rasa bahagia yang pernah jadi milik kita.
Saya merayu.
Tolong kembalikan kita yang dulu dulu.
 
...........


Mana rasa itu hilang?

Monday, March 14, 2011

Perfectionista

Give me a minute : I'm good.

I've got an hour : I'm great.

More?

I'm unbeatable.

When I say it 'right', I mean PERFECT.

Sunday, March 13, 2011

Battle of the bands konon

Sembilan kenduri dalam sehari, tapi satu pon tak pergi. Kejam tak? Kejam tak?


Hahahaaa, semalam dan hari ini adalah pengalaman baru. Well, everyday is a new day, kata my minah.

Berangkat dari kampus induk USM jam 2030. Merempit selaju mungkin. Eh eh, perjalanan yang sepatutnya sejam, singkat jadi separuh jam. Hujan batu, pasir lori bas semua semua, dengan mata yang rabun lagi. Ish, bahaya bahaya. Nasib baek selamat sampai.

Haaaaa, memang on time. Lepak lepak 30 minit, then nonton Battle of the bands. Huh, siriyes tak best =.=!!

Awak nyanyi satu kata pun saya tak paham. Bahasa siam kot?

Naseb baek balik bilik, tuan rumah masak megi ruski perisa tomyam (sebenarnya my minah yang masak). Nyum nyum, sedap. First time makan megi ruski perisa tomyam. Hurm, boleh tahan.

notes : Saya tak makan megi yang my minah masak, sebab saya tak suka megi rendam sampai kembang. So, saya cuma amik kuah, then letak megi, then makan sementara megi masih rangup. Kehkehkeh. Selera saya memang mengada ngada :">
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sebenarnya, itu bukan apa yang saya nak cerita. Kisah sebenarnya, saya suka ke kampus para jurutera. Saya pasti, saya akan kembali lagi ke sana. Best gila. Best gila. best gilaaaaaa..!

eh eh, tu megi dalam bekas tepi tu saya punya.hehehe

tuan rumah baek hati. belanja kami roti tisu. oke, kami jadi anai anai

my minah juara anai anai

thanks to pak guard sebab tolong snap snap pictures kami

sebagai tanda terima kasih, nah. ini gamba pakcik :)

kenapa tak belajar rajen²? kalau tak, sah sah boleh lepak sini hari hari, jadi budak engineeeeeering
(oke, ni cuma nak amik ati korang je ni)

time to pulang. sob sob sooob

Takpe . Laen kali kami datang lagi. Kami bawak cadar, selimut, kerja sekolah banyak banyak, kami berumah kat sana (kompem korang cuak time baca ni kan? risau-lah tu). Kami bayar sewa-lah nanti. Ting tong (fuhh, lega. Kompom itu yang korang rasa). Ces, kami bayar sewa pakai duit korang punya. Kata satu skuad :">

Dah dah, malas nak bubuh caption semua gamba. Penat mak nak (berpeluh peluh).

Fine, korang nak gelak, gelak-lah. Gelak-lah laju laju. Fine. Memang. Memang kami sesat. Sampai Taiping. Fine. Sebab tu kami jumpa sembilan kenduri dalam sehari, tapi satu pon tak pergi. So tak kejam kan? Kan? 

Saturday, March 12, 2011

Anda sudah dewasa

Dear my roommate, coursemate, palapesmate, majormate, . . |


tandatangan : Martina Azam, kawan kamu sampai bila bila :">

Friday, March 11, 2011

Kenyang sampai lusa

Hello, Domino's Pizza.
Untung besar Domino's Pizza malam ini :">
5 pizza untuk 6 minah. Eh eh, makan ke melantak? winkwink

Thursday, March 10, 2011

Hari ini dan hari esok esok

1. Expect problems and eat them for breakfast. - Alfred A. Montapert
2. If you ask me what I came into this life to do, I will tell you: I came to live out loud. - Emile Zola

3. Sleep is the best meditation. - Dalai Lama

4. Belajar lah untuk memberi rasa bahagia dan menerima rasa duka. - Martina Azam


Wednesday, March 9, 2011

Rumah Duka

Pendahuluan : Kau apehal? huh?

Hari ini, dapat berita sangat menggembirakan sejurus bangun dari tidur. Alhamdulillah, Allah memakbulkan permintaan saya untuk menjalankan Latihan Industri (LI) di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Kuala Lumpur. Walaupun agak susah, sebab saya dapat meja ekonomi dekat bilik berita tu, saya tak kisah, sebab saya nak belajar. Lecturer cakap, 'jangan risau, diorang tak kan kasi you kerja berat berat, they'll teach you first'. Lega la sikit kan ^ ^  Lagi pun, saya dapat dengan Husna. Hheheee. Naseb baek.

Temankan Akmarina (minah si chomot aus) ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk settle kan dia punya lesen, sebab dia nak claim insurans, excident last week.
 Ini kereta minah si chomot aus : Akmarina Sazali

Balik dari settle semua hal, saya minta Akmarina singgah kedai depan USM tu, kedai kat Sungai Dua tu aje. Sini lah cerita dan kisahnya bermula.

~ Dua mamat dalam lori barang runcit say 'hye' kat saya. Saya, dengan tak semena mena buat muka, i meant muka tak layan. Hahahahha.
~ Done. Park motor tepi kedai topup. Time kami still atas skuter nyamuk, kami tengok mamat mamat tadi kasi isyarat 'jari hantu' banyak banyak kali. Eh eh eh, suka suka hati aje kan? Apa lagi, saya pun dengan muka tak puas hati dan innocent, angkat tangan (sambil mulut takde bunyi, tapi buat pergerakan mengucapkan 'apehal lu?')
~ Tahu apa berlaku? Mamat driver lori buruk itu tiba tiba turun, then meluru ke arah saya. Adoyai, cuak mak nak..!
~Saya buat buat cool aje, even dalam hati macam nak pecah. Takut. Malu. Gerun. Marah. Semua jadi satu. Dengan tanpa saya duga, saya yang ketika itu sedang berjalan menuju kedai topup, then dengan kekuatan dan keberanian yang saya sendiri tak duga,....
....................................................................................
Saya patah balik, dan berdiri betul betul depan mamat kurang ajo tu. Saya ingat muka dia. Dia ada hidung, mata dua, tinggi tinggi, dan sangat HODOH..! Benci kau bodoh..!
Oke relax, chill martina.
Ini minah gagah. nak try makan pelempang?

~Sampai aje kami di titik pergaduhan, saya terus tanya dia dengan nada tinggi, sebab dalam diri saya sedang bergelut rasa marah campur takut. So, baek saya buat buat macam saya gagah (saya memang gagah oke). Saya cakap lah. 'kau apehal?' Eh eh, mamat tu dengan tanpa segan silu, hempuk kepala saya. Fulamak, nasib baek la time tu saya pakai helmet MS88 dan bukan nya helmet kura kura. Kalau tak, kompem helmet ke mana, kepala saya ke mana (macam melampau aje kan?) Hehhehee. Saya tepis, tapi tangan si bodoh tu still gak dapat merasa la helmet saya. Uishhh, kau melampau bro. Kau pukul aku bro, kau melampau. Kau bikin gengster marah bro. Nasib baek kena sipi sipi. Time tepis tu, habis terpelanting henset buruk saya. Hahaaha, nyaris nyaris masuk longkang. Kuang ajor kau..!

Berikut adalah petikan skrip pergaduhan kami :
MB merujuk kepada Mamat Bodoh, bukan Menteri Besar oke.
SSM pula mewakili Saya Selaku Mangsa. Jangan ingat Suruhanjaya Syarikat Malaysia :">

SSM : Kau apehal?
MB   : Ngko tu buat ape tadi? Ngko buat ape tadi hah?
SSM : Aku buat ape ape? (MB angkat tangan lagi skali nak kasi saya makan pelempang dia)
SSM : Kau try, pukul lah..! Pukul..! Kau ingat aku takut? 
(dalam hati dup dap dup dap. Tangan dah sejuk, berpeluh. Dah lah hari ni cun cun pakai kemeja. Macam tak kena lah pulak bila ayu ayu then perangai macam gengster. Oke, siriyes gagal behave bila berdepan dengan manusia takde akal, tak manner macam MB tu)
MB   : Ngko ingat, ngko kat tempat orang.
       .....oke fine, dia dapat agak bahawa saya pelajar USM. Mesti lah, nampak educated kot. Hhahahaa.
       .....dia pergi dengan diri yang tak puas hati, itu saya pasti.
SSM : (Laung kuat kuat) Kau nak buat ape? Nak pukul aku? Kau try..!

Akmarina yang duduk tunggu atas motor, tercengang. Makcik jual buah terkedu. Uncle kedai dobi kelu tak kata apa apa. Si penjual topup tengok saya atas bawah, sebab saya time tu terketar ketar gagal tulis nombor fon saya. Hhahhaha. Akmarina pulak bertindak konon konon nak ambil nombor plat lori mamat mamat bodoh tu, tapi gagal. Fine aje, sebab saya puas hati. Saya rasa saya buat mamat tu 'kecut'. Eh blagak kau, blagak lah martina..!

Penutup 1 : Saya tak salah, sebab itu saya berani. Saya rasa saya menegakkan hak saya. Saya tahu mamat bodoh tu takde akal. Nampak muka pun dah dapat agak. Tapi yang saya pasti, saya akan kurangkan ke Sungai Dua untuk seminggu dua ini. Cuak lah jugak ^ ^

Penutup 2 : Kalau ikutkan hati, mahu aje saya hantar mamat tu terus ke Rumah Duka. Sepak aje sekali, terus kau mampos..!

notakaki :
Rumah duka merupakan rumah mayat, atau holding room. Gelaran berkenaan lebih biasa digunakan oleh penduduk dari negara jiran, Indonesia.
                                                                                                                                                   sumber : Dr. Az Az Azmawati.

Tuesday, March 8, 2011

8423 juta hal lagi nak fikir

Ini untuk kamu, si hati penuh budi pekerti.

Kamu, kenapa sensitif sangat? Kamu, boleh tak kuat sikit? Kamu, perlu kah jadi sedih untuk hal remeh?

Perempuan itu kamu, insan penuh rasa simpati. Tapi kan kamu, kadang kadang life kita ini kan, jangan nak jadi baek melampau lampau. Life kita singkat. Kita tak boleh nak gapai semua benda yang kita mahu. Kita tak boleh nak puas kan semua hati yang kita kenal. Kita tak boleh nak jadi serba sempurna. Tak mungkin..! Jadi, boleh tak kamu jadi kuat sikit?

Kamu.
Kita kenal dah cukup lama. Saya kenal kamu siapa, kamu kenal saya bagaimana. Kita pernah nangis bersama, kita seringkali ketawa terbahak² untuk benda benda yang sangat luar biasa lawak bodohnya. Kita dah macam saudara, kita dah seperti permata dengan cincinnya. Eh kamu, susah kamu susah saya juga.

Wahai kamu insan kesayangan saya.
Boleh tak jadi lebih kuat? Hidup ini kan, bukan untuk memberi, bukan untuk menerima, apatah lagi untuk mengambil apa yang bukan hak kita. Hidup ini kan, adalah untuk menyempurna. Dia sakiti kamu, tapi saya masih ada. Dia memang suka buat manusia manusia lain rasa tak selesa. Sebab dia bukan makhluk yang punya jiwa. Abaikan dia. Hahahaaa (gelak jahat. gelak sangat jahat)

Kamu, si hati penuh budi pekerti.
Kita ada 8423 juta hal lagi dalam dunia ini nak difikirkan. Kamu nak nangis, bahu saya 24 jam sedia ada. Kamu nak marah, saya sokong je. Hahahahaaa (gelak lagi) Tapi kan, kalau kamu nak belasah dia, saya sentiasa mahu ikut serta. Saya suka.

Eh kamu.
Benda sangat simple. Mari kita sama sama abaikan semua benda yang tiada kena mengena. Satu saja yang perlu kamu tahu. Dalam susah senang kamu, tawa tangis kamu, gelap gelita kamu, saya sentiasa akan ada. Kamu ada saya, kamu ada mereka, dan yang pasti kamu akan sentiasa ada Dia.

Ini dari saya, si hati mati (tapi saya ada incik kekasih *kening²)

*Buat saya tersenyum bahagia. Sila tekan sini dan sini untuk tahu serba sedikit.

Monday, March 7, 2011

Yang benar, atin

"Abah, tolong kuat. demi iman, demi inn, demi kami.. tolong kuat. atin xlame dh. tolong kuat. atin syg abah."

...............................

"Atin jgn risau kat abah. atin jga dri baik2. Ingat masa dpn atin, ingat adik adik. Abah syg atin jge. abah sayang semua."

atin tahu abah tahu atin sayang abah dalam dalam :">

Raga rotan terisi penuh, ayah melompat turun. Ayah menghampiriku yang masih gementar. Beliau memilih buah jambu paling ranum, membersihkannya dengan menggosokkan pada bajunya, dan memberikan kepadaku.

Ayah masih saja pendiam. Sering aku bertanya pada diri sendiri: mengapa ayahku begitu pendiam? Apakah dia sedang menjalani semacam ujian? Adakah sesuatu yang amat buruk pernah menimpanya? Ataukah dia sedang menebus satu perasaan bersalah yang likat?
Tak pernah kutemukan jawapan, misteri.

Aku ingat, selama tingkat satu sekolah menengah atas dulu aku hanya mendapat tujuh kalimat daripadanya. Tingkat dua turun menjadi lima, dan selama tingkat tiga ada peningkatan sedikit: lapan kalimat. Aku masih ingat setiap baris kalimatnya.
Tapi yang ayah ucapkan lewat ekspresinya, sebenarnya jauh lebih articulates daripada suku-suku kata. Bertahun jadi anaknya aku telah terlatih membaca wajah ayah. Jika bibir rapat, alis bertemu, kedua-dua telinga bergerak-gerak, itu bereti: jangan pura-pura sibuk saja bujang, sana belajar. Jika kepala menggeleng-geleng, berjalan hilir mudik tujuh langkah maju mundur, maknanya: bujang, kau nakal sekali, mahu jadi apa kau itu? Kalau nakalku tak dapat diredam, ayah juga tetap diam, mendekatiku, lalu meniup ubun-ubunku tiga kali.

Jika dahi ayah mengernyit, alis sebelah kanan naik, wajah kaku, mulut kumat-kamit, maknanya: sudahkah kau mengaji? Dengan air muka sama, tapi yang naik alis sebelah kiri: sudahkah kau solat? Kalau mulut ayah sedikit dimuncungkan, berjalan berputar kecil-kecil agak cepat, mata terpejam, maksudnya: bujang, jangan lupa kau tutup pintu kandang itik kita itu!
Jika wajah ayah terang dan mata penuh bersinar: ya! Silakan, aku setuju! Sedang jika wajahnya datar, pandangannya kosong, ertinya: Tidak bujang, aku tidak setuju. Tapi tatapan kosong itu hampir tak pernah diperlihatkan oleh ayah padaku. Kerana apa pun yang kuminta, apa pun, sepanjang dia masih mampu, dia tak kan mengatakan tidak.

Tak dapat kutahan air mataku waktu memeluk ayah. Dia kurindukan sampai sesak dadaku.
                                                                                  
abah juara satu seluruh dunia

Yang merindui dan mencintai abah 24/7/365
Atin . Martina Azam

Bibliografi:
Andrea Hirata. (2009). Maryamah Karpov; Mimpi-mimpi Lintang. KL: PTS Litera Utama SDN.BHD, 85.

Sunday, March 6, 2011

Cliché

You really don't always have to be super good.
Sometimes you have to show your bad side so that you can sort out who can accept you at your worst.
 I don't hate people.
I just feel better when some of them aren't around.
This is who i am.
Nothing, everything, can't you see.
Who i am just let me be.
Because like it or not but Allah loves me.
 Re-blogging like a boss. That's nice. 


notes : Hey, just reminding you that you are gorgeous. Don't let anyone get you down.

Saturday, March 5, 2011

Benteng tinggi : sanubari

Manusia memang diciptakan Dia dengan penuh kepelbagaian. Kacak atau cantek belakang kira, janji kamu bahagia dengan apa yang kamu ada. Semua kita adalah sama, tiada yang sempurna. Saya, kamu, jua mereka, serupa sahaja. Yang berbeda cuma itu. Segumpal daging di dalam kamu. Suci atau telah dicemari, itulah hati.

Ujian adalah tanda Allah SWT mencintai seseorang itu. Macam macam itu yang kamu mahu, tapi macam macam ini yang kamu dapat. Jadi, kamu mahu salahkan siapa?Dia?huh..?Dia? Setiap kesulitan adalah penghapus dosa. Ingat begitu, mesti kamu akan tenang selalu. Manusia dan masalah adalah lumrah, maka bersabarlah.

anak² kesayangan, hati hati dengan masa depan. cik alang sayang kalian :">

"Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada-Nya lah kami kembali." -surah alBaqarah: 156

Berusahalah jadi manusia yang jauh dari murka nya Dia. Saya juga manusia biasa, salahnya saya jangan diam saja. Tegur tegur lah. Dan ingatlah, masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah dan kesulitan yang dialami orang lain.

Penutup : Allah memberi nikmat kurnia-Nya dengan pelbagai cara tanpa kita duga.
*Pesanan kepada diri sendiri, juga kepada kamu yang sudi menginsafi :)