Hahahha. Tengok tajuk entry pon dah tahu apa yang nak disampaikan kan? Eh, saya sedang gembira, even masalah melambak², itu semua tadak hal oke. Senyum sentiasa. Minggu² lepas, saya bekerja keras. Minggu² lepas, saya kurang tidur. Minggu² lepas juga, ada berita kurang gembira dari kampung. Tapi itu semua bukan apa apa. Hey, saya gembira minggu ini. Semua kerana minggu lepas-lah. Hahhaha. Saya memang cakap belit². Saya tahu itu. Maaf yep :)
Minggu ini, saya dah hadapi final exam dengan jaya-nya. Saya sangat gembira kerana 25, 26, 27 dan 28 lalu saya jawab semua paper dengan penuh dedikasi. Hahahha. Saya buat dengan agak baik, jadi saya sangat berharap saya mampu mencapai target. InsyaAllah.
Ameen.
Sebelum menjalani latihan berterusan minggu depan, saya akan ke Johor untuk bergembira dengan Nur izz ariesya damia. Buah hati yang sudah lebih 3 bulan tak jumpa. Dia kesayangan saya. Seminggu di sana, mengubat rindu. Yey..!
Minggu akan datang akan dilalui dengan sangat sibuk. Jadi, saya sangat perlu untuk ber-lepak sakan di Johor bersama si comel saya ini ♥
Jadual mulai Mei 2011 adalah seperti berikut :
> 7 - 11 : Latihan berterusan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan.
> 12 - 22 : Berada di kampung halaman bersama keluarga tercinta, member² tersayang, melawat cikgu² Seri Dungun & Intan Zaharah, plus ke rumah lagi satu di Kuala Terengganu. hikhikhik, rindu semua.
(akan settle-kan semua itu sebab raya nanti hanya raya mungkin sehari cuma)
> 23 - 15 Julai : Latihan industri di BERNAMA K.Lumpur. owh cuak. owh tidak. menakutkan..!
> 16 - tak tahu tarikh : Menunggu semester baru bermula. Hey, final year sudah. Akan jadi senior bakal graduasi dan pegawai kadet bakal tauliah. Ohyeah. bhahaha, gembira.
Setahun saja lagi di sini. Penang, indah sekali.
Sekarang awal pagi, menonton Maharaja Lawak Minggu 5 sambil packing barang untuk ke Johor lagi beberapa jam. Bertugas sebagai co-pilot untuk perjalanan 8 jam. hahahha. Mata tak boleh lelap sebab rasa rindu menggebu membuatkan diri jadi sangat tak keruan. hahahhaa. Damia, tunggu Cik Alang oke sayang :">
Penutup :
- Selamat tinggal semester empat dan selamat datang tahun akhir.
- Sekarang saya sedang senyum puas hati.
- Sekarang saya sedang senyum puas hati.
- Dan lagi satu, semua orang bising bising si Williams tu dah kawen dengan Kate. Saya siriyes takde hal, sebab saya dah ada incik kekasih. Jom kawen sayang ♥
* gedik tahap melampau.
tulisan kecik orang tak nampak kot. fuhhh selamat.