Friday, December 23, 2011

Rules of friendship

When a friend does something wrong, don't forget all the things they did right.
-unknown

 *Rindu kenangan masa kecil, ketika tak perlu memikirkan masalah dunia.
Rindu luarbiasa.
Rindu yang tak terhingga.

 Sekadar gambar hiasan

(Tapi sekarang masa untuk melepaskan rindu kepada barisan buah hati di kampung sana. Damia, adam, uuni, Iman, dan semua yang sedang menanti saya. Tak sabar rasanya melupakan segala macam kerja di kampus. Makan sedap-sedap, tidur banyak-banyak, dan lepak dengan kekasih hati sebelum dia pergi belajar lagi sekali. Studyweek di kampung, takkan ada buku. Takpe, jadual final sangat best semester ini. So, boleh enjoy dulu-lah!)

Wednesday, December 21, 2011

Yunalis Zarai, saya suka awak. ngeee~

Layan lagu-lagu Yuna sambil terus berusaha habeskan saki-baki nota ulangkaji untuk score dalam test esok petang. Terus berusaha juga siapkan assignment untuk submit, juga pada petang esok. Sangat susah untuk menganalisis journals. sigh~              aja fighting, Martina!!

 *sumber gambar : incik Google
You're like a rocket in my mind 
That's waiting to define everything about me no one knew 
And you stick like a poster on my wall 
As if you dont wanna move
I got the feeling that you're gonna stay
It's like I'm picking up a miracle off the sidewalk 
Like kitten in the box 
Don't contemplate yourself, you say 
Cause you're all you've got 
I'm a sad and pathetic 
At the same time unlike you 
Baby you've got no move 
And you think I'm good at what I do
 
You're like a rocket in my mind 
Waiting to define everything about me 
You're like a poster on my wall 
Sticking, don't wanna fall

-Rocket-

Berusahalah, dan semoga akan senyum puashati dengan usaha kamu itu, Martina!!
 

Sunday, December 11, 2011

Selamat tinggal

Kadang² terfikir juga apa motif saya menaip di sini. Cuba fahami diri sendiri. Adakah sebab terlalu banyak masa sampai kerap sangat buat entry? Adakah mungkin kerana nak kongsi pengalaman harian, kononnya diari kedua? Atau mungkin sebagai hobi baru? Entah. Saya penat mengeluh. So sekarang saya mahu hidup macam saya di semester pertama dulu, selalu hang out merata-rata. Memandangkan ini tahun akhir di sini, saya mahu round-island, saya mahu shopping sakan, dan saya mahu makan macam-macam.

Mohon maaf kalau selama ini selama perkenalan, persahabatan, persaudaraan, dan perhubungan dengan kalian, berlaku silap dan salah dari pihak saya. Sesungguhnya yang baik hanya DIA yang punya dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Buat yang mungkin akan merindui, sampai jumpa lagi. Dan buat mereka yang mungkin gembira melihat saya berduka, terima kasih. Saya takkan berputus asa. I'll keep smiling till you wonder why. Hehehee. Psiko tetibe kan. Wooot woott! Tapi, ingat taw. Ingatlah bahawa orang yang busukhati dan selalu hasad dengki akan makan dirinya sendiri. Tahu? Hehehehhe.. Eh, minggu depan akan pulang ke kampung halaman, mencari ketenangan. Yey!!

Berehat seketika daripada newmedia. Goodbye :(

Wednesday, December 7, 2011

Wahai anak sulung Pak Mail

Saya cuma nak kawan. Saya siriyes takde intention laen. Cuma kawan. Macam first² dulu saya kenal awak. Saya ajar awak edit pictures. Saya ajar awak pakai shawls. Lilit sana, kepit sini. Awak buat lawak, saya gelak :)
Sweet kan?
Tapi itu dulu. Sekarang awak dah tanak kawan saya. Saya dah takde dalam list kawan² awak. Saya nak kita yang dulu.
Sekarang dah tak sweet.
Awak dah tak suka saya, malah awak benci :(


Kenapa salahkan saya atas segala ketentuan-Nya? Kenapa membenci saya kalau DIA dah tetapkan perjalanan jodoh awak sedemikian rupa? Saya pernah rasa apa yang awak rasa, tapi saya cool je. Siap mampu gelak-gelak lagi dengan ex saya. Ingatlah bahawa dendam bukan cara orang Islam.

Saya mintak maaf. Saya cuma nak berkawan. Ada undang²nya, ada hadisnya. Orang Islam tidak boleh saling mendiamkan lebih dari tiga hari.

Buat awak : Eqa Syuhada

Tuesday, December 6, 2011

Jadual mengekang untuk aku pulang. Arghhhh, benci!!

 Ternyata rindu pada mereka bukan hanya aku yang rasa


Bila lagi nak balik anak maa ni. Semua dah kat kampung, Atin sorang aje yang blom. Balik, maa masak sedap-sedap untuk anak maa ni. Bubur jagung, pengat ubi, tomyam special, ape lagi? Balik cepat² neh :)
-- My dearly mom

Atin sehat? Kami kat sini macam biase, oke je sokmo. Dengar kata nak balik. Bila tu?
-- Abah tersayang

Sis, my SPM dah habes. And I'm doing well. Now it's my turn to play with the kids. Jangan jeles taw sayang. Hahahaa. Cepat²-lah balik, boleh kita lepak BBQ 1 family macam dulu-dulu.
-- Intan Shakira

Sayang, 23/12 ni ade kat kampung tak? Datang taw kawen kite. Tema hitam-merah-putih. Awak wajib datang taw. Kalo tak, kite majok.
-- Cik Sekut baek hati

Kaktin, kekgi balik ingat hadiah untuk adik neh. Hehehhhe
-- Iman Elyana

Sayang, bila you nak balik? Semua kat sini dah rindu gila. Balik-lah, banyak benda nak gosip² dengan you ni. Miss you so much sayang. Damia dah pandai macam-macam dah. Cepat-lah balik, kami semua rindu Cik alang!
-- Kakcha super duper cantek

Bby, cepat balik. Hby rindu nak cite kat sayang depan². Then tengok pendengar setia hby ni puas-puas.
-- Incik kekasih


Tunggu-lah. Bukan taknak balik, tapi tunggu-lah :(
*Lama tak ziarah Kaklong

Sunday, December 4, 2011

Nek pergi dulu

Baru 4 hari lepas buat entry. Entry pasal rindu dan selit juga nama NEK. Rindu luarbiasa. Dan hari ini NEK pergi menghadap Ilahi. NEK aktif orangnya. Lasak walau sakit. Gagah dalam manjanya. NEK mudah tersentuh. Teringat masa pulang bercuti few months ago, melawat NEK di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Incik kekasih cakap,
NEK, Tintin mari tengok NEK special dari Penang. Nak melawat NEK aje ni.

Dan tak semena-mena, NEK menitiskan airmata. NEK sering terlupa itu dan ini. Malah kadang-kadang NEK tak kenal orang yang datang bersembang dengannya. Tapi, dia masih kenal saya. Dia kenal saya. Dan dia masih mampu smile bila tengok saya. Ikut sama tersentuh. Terasa bagai disayangi macam cucunya sendiri.

Hari ini NEK pergi meninggalkan kami. Sekarang Incik kekasih tak lagi jadi driver NEK bila NEK teringin nak makan di pasar. Tak lagi jadi pembantu NEK ke hospital dan ke mana-mana. Hilang sudah salah satu punca yang buat kami bahagia.


"NEK rasa xdang tengok uda ngan Tintin kawen".

~alfatihah buat NEK. Semoga NEK ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Dan takziah buat Incik kekasih sekeluarga.

Thursday, December 1, 2011

Jangan jadi tamak


Selalu tengok orang di atas yang untung-untung, sampai lupa mereka yang tak untung.
Bersyukurlah. Kerana engkau ada apa yang mereka tak miliki.


Bersyukurlah.
Formulanya cukup mudah
- Si A ada B, tapi dia takde C.
- Si D ada C, tapi dia takde B.

Still tak jelas? Baeklah, saya terangkan based on situation pulak oke :)

- Senah cantik, kulit lawa, putih bersih, kerja pun best tapi dia belum kahwin sedangkan umur dia dah 32 tahun. Entah, ramai yang terpikat tapi masing² tak berani memikat. Bukan apa, Senah lawa sangat. Melampau-lampau lawanya. Kesian Senah~

- Si Jenab pula kurang cun. Jerawat 2-3 bijik tumbuh selang seminggu. Kerja kilang dan selalu terpaksa buat ot sebab nak sara mak yang sakit. Tapi takpe, Jenab bahagia sebab dia ada anak-anak yang selalu tunggu dia depan pintu time dia balik kerja. Penat di kilang terus hilang. Untunglaaa Jenab~

So pengajarannya kat sini, kau ada itu tapi belum tentu kau ada ini. Dan kau ada ini, belum tentu kau miliki itu. Kalau kau selalu rasa cemburu dan dengki busuk hati pada someone yang kau nampak macam happy tapi kau tidak, think once again. Jangan nampak apa yang baik pada seseorang sampai kau lupa apa yang menarik yang kau ada, dan orang lain tak ada. Jangan kufur nikmat, kawan!

DIA Maha Adil, bukan?

* Sekarang dah masuk Disember, yakni penghujung 2011. Harap-harap segalanya menjadi sempurna, sesempurna bulan² sebelumnya. Ameen~