Wednesday, November 30, 2011

Rindu luarbiasa

Dah agak lama tak balik kampung. Cuti Aidiladha, awal Muharam, weekend, padat dengan event sana-sini. Kalau tak busy uruskan event or latihan, busy dengan assessssssment. Alahai, siriyesly sangat rindu :(

- Abah
- Maa
- Iman Elyana
- Damia, mama, and papa Damia
- Adam, Hawa Ayuni, mama mereka, and papa mereka
- Intan Shakira
- Kaklong (dan her princess, Danisya. Bertahun tak tengok anak arwah)
- Cousins, aunt, and uncle
- Rindu bilik tidur kesayangan (bantal busuk & tilam tak berapa nak empuk. haha)
- Rindu nak drive
- Rempit
- Angin pantai. Perghhhh, damai sekali~
- Rindu kawan-kawan SMK. Seri Dungun, SMK. Tengku Intan Zaharah, dan SK. Kuala Dungun.
- Rindu rojak ayam pasar malam Khamis
- Mak, abah, adik, ayong, angah, aqil, airis, along, achik, teh, NEK,..
- Dan AWAK. Rindu awak


Cuma rindu, namun rindu yang luarbiasa. Tak mampu nak buat apa². Sedihnya sampai tak terdaya tahan airmata. Rindu sekali ketawa Damia. Rindu teramat pada memori di kampung halaman. Bukan tak pernah rindu, tapi kali ini berbeza. Entah kenapa, rindu kali ini sangat dalam dan menyedihkan. Mahu pulang segera, supaya hati boleh kembali mengerti apa itu rasa bahagia.

*Dah lama tak senyum. Senyum yang betul² senyum. Alahai~

Tuesday, November 29, 2011

Di sini, mereka adalah nyawa aku.

Bersama hampir tiga tahun. Meniti susah-senang jatuh bangun.
Salah faham, kasar bahasa, buruk bicara, terlepas kata.
Gaduh sana-sini.
Tapi sampai hari ini, kami masih bersama di bawah satu nama.
TARANTULA PERKASA.

Bahagia bagai satu keluarga



Universiti Utara Malaysia, tunggu kehadiran kami pada Julai 2012. Di mana padang kawad UUM akan menjadi saksi, balak di bahu bakal ditukar menjadi satu paku. Insya-Allah jika masih ada usia. Perjalanan sejauh 2 setengah tahun setakat ini banyak mendidik. Apatah lagi sejak bergelar senior. Cacian, ejekan, jarang sekali mendapat pujian. Itulah pedoman juga cabaran, dan bukannya alasan untuk tidak meneruskan perjuangan. Sangat sia² andainya semua yang dilalui sekian lama tidak disudahkan dengan sebaik²nya. Kami akan habiskan. Mendapatkan pentauliahan dari Yang DiPertuan Agong. Teruja menanti Julai tahun hadapan. Semoga impian dirahmati Tuhan. Semoga segala berjalan seperti yang dirancang. Ameen~

Tidak pernah menyesal :)

Saturday, November 26, 2011

Saya suka lelaki berlari

Semenjak-dua-menjak ni selalu je rasa macam boring bagai nak gila. Stress macam ntah pape. Then bila dapat hiburan percuma lagi menarik, mula-lah jatuh cinta. Perkara yang sama berlaku semasa intern dulu. Tapi time tu gila Family-Outing, sekarang sedang jatuh mabuk kepayang pada siries Runningman-lah pulak. Best sangat. Gelak sorang-sorang sampai pukul 3-4 pagi. Bukan sibuk study, tapi sibuk layan siries ni. Hehehe. Sekarang dah 1.30 pagi, nanti lepas Subuh dah perlu siap-siap untuk Latihan Tempatan. Dah lama tak PT terukteruk. Apa agaknya latihan Sabtu Ahad kalini. Adoyai~

Takde guna nak pening-pening kepala, baek layan Runningman sampai habes. Ada jugak pekdahnya. Orang kata, kalau selalu bergelak-ketawa, awet muda. YEDOK?

Siriyes suka Jaesuk & Jongkook (since Family Outing lagi)

Imagine konon-konon perempuan itu adalah diriku *winkwink

Sumber semua gambar adalah dari incik google bin mohd dotcom

-- Owh patotla saya selalu nampak muda. tetttt! Sorry, terperasan plak :) Sekarang nak sambung tengok lagi sampai puas hati. Pasal latihan esok, esok punye cerita *Harap-harap tak tumbang. Bhahaha :P

Notes untuk Cik Nabella Alias -- Awak dah cantek, dengan apa cara sekalipun.  So jangan risau, just be yourself and proud of it. Natural beauty gituuuuu. Dan lagi 1, saya akan selalu doakan awak hepi. Hepi macam Cik Izyan Balqis ^^

Thursday, November 24, 2011

Kepada Cik/Incik Anonymous

Mencuba dengan niat berkongsi cerita. Untung nasib dapat hadiah :)

Ingat lagi masa komen dekat blog Cik Epal -- Tekan box leave a comment. Teruja sebab tengok belum ada manusia lain yang komen. Macam bangga pun ada kalau jadi 'pengkomen' pertama *bangga? macam ntah pape kan? Hekhekhek. Then lepas dah komen, check balik, takde komen yang masuk. Macam heran bin pelik pun ade gak. Then try la komen once again. Still gagal. Saya buat benda yang sama three times. Lepas tu baru lah sedar bahawa Cik Epal hide dulu komen-komen sebelum dia publishkan (padahal selama ni saya pun buat perkara yang sama, tapi still tak perasan. Rasa malu sendiri pun ade gak)

Esoknya, ada 1 makhluk Tuhan tetibe post a comment kat entry ini :
-- perlu ke ko nk komen kt blog CE byk2 kali dgn cite yg same tp ayat berbeza???xpaham ape motip...

Dan saya dengan senyum simpul lagi menyimpulkan balas-lah komen berkenaan :
-- be gentle & beranikan diri. jangan gunakan anonymous sbg identiti anda. dan saya akan explain why. mahu?

Entah-lah,  macam kurang matang untuk makhluk berkenaan buat macam tu. Diakui, memang saya komen berkali-kali dan ayat saya berbeza-beza (tapi masih mengekalkan idea dan isi dan maklumat yang sama). Tapi cik/incik anonymous tu sewajarnya fikir sebelum bertindak. Kalau Cik Epal sendiri tak bising, siapa-lah agaknya dia untuk berbuat demikian ek? Mungkin dia fikir kalau saya komen banyak-banyak kali, peratusan untuk dia menang makin kurang kot? Mungkinlaaaa. Then saya cepat-cepat delete 2 daripada 3 komen berkenaan, bagi menjaga hati dan perasaan cik/incik anonymous tadi. Harap-harap cik/incik anonymous tu dapat senyum-lah ye. Senyum lebar macam ni ^_____^

Result peraduan yang Cik Epal buat dah pun keluar dekat entry beliau. Kalau nak baca, boleh tekan sini. Even hadiahnya bukanlah something yang gempak sangat, but still, I LIKE & want it!

*Tetiba rasa best bila blogger hebat buat entry ada nama kita, post kt fb dan chit-chat dengan kita. Kau hadoooo? hehehhe *melampau-lampau kau Martina. behave-lah skit~ oke baeklah (tetibe buat monolog dalaman-lah plak)

Wednesday, November 23, 2011

Pulau Aman (22 Nov. 2011)

Tugasan Photo Essay
-- Life in Pulau Aman --

Rezeki angpa-lah dapat tengok dolphin harini - pakcik tourist guide :)

WHAT???? Dolphin? Siriyesly? Ohmyyyyy!

Hahaha. Memang betul rezeki kami lihat dolphin (6 ekor) berenang-renang ketika kami dalam boat on-the-way ke Pulau Aman. Bertuah badan. Nanti saya story lebih-lebih dalam next entry sebab nak collect semua pictures dari dslr member 1 group. So ni macam mukaddimah la yep. Boleh? ngeeee~

-- Lagipon sekarang perlu study sebab esok ada test. huhuuhuu. Doakan saya ek ^^
-- Baru nak start bukak nota sebab baru balik cover story pasal Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang. Tahniah kepada group Wahdatul Ieman.
(sempat juga jumpa kumpulan Hijjaz).
-- Esok baris pagi. Baju no3 belum iron. Doyai~

Tuesday, November 22, 2011

auuuummm!

Semua bising pasal perkara yang sama.
Tahniah Malaysia.
Tahniah Harimau Malaya.
Isnin game, Selasa cuti. Yuhuuuu!

Kawe pon baru kelik dari Klate ni Tok Guru :)

Proud to be Malaysian.

Sunday, November 20, 2011

Photojournalism@Kelantan

-- Tarikh 10-13 November 2011
-- Lokasi sekitar Negeri Darul Naim
-- Semua pelajar kursus YWP 328E (Photojournalism), Dr Chai Ming Hock (lecturer), kakitangan sokongan School of Communication (4 orang), dan tidak lupa pakcik pemandu bas USM (bersama co-pilot beliau).

Berikut merupakan sebahagian gambar di Kelantan. Gambar dan caption sahaja untuk entry kali ini. Sebab saya malas menaip dan malas nak detail-kan tentang Kelantan. Pastinya, Kelantan wasn't that bad-lah, except sorang-dua manusia yang menjadikan Kelantanist yang lain kelihatan seteruk mereka. tettttt! Mana-mana pun akan ada manusia teruk. So, kalau diri-sendiri pandai jaga, pandai untuk control supaya jadi baik sentiasa, tentunya dunia akan jadi satu tempat yang mendamaikan. YEDOK?

Dahla malah kawe nok kecek panje² lagi dah. Meh la sesame tengok gambo yang kawe nge saing² kawe duk tangkap kat Klate minggu lepah.

Bertolak jam 8.00 pagi dan berhenti seketika untuk bergambar di Banjaran Titiwangsa (merupakan banjaran yang terpanjang di Malaysia)

 Setelah check-in dan berehat dan bersihkan badan dan take-a-nap di blok penginapan di Jalan Salor, Kota Bahru, kami ke 'uptown' Kelantan iaitu Wakaf Che Yeh.

Cuci mata tengok baju bundle (tak beli sebab sedang save cost. haha)

Selesai di Wakaf Che Yeh, kami pulang dan berehat.


Program di hari kedua, pusing bandar KB :)
Lokasi pertama kami adalah di Pasar Besar Siti Khadijah. Sarapan dan lunch di sana. Kami luangkan masa selama 6 jam di sini. Makanan murah, sedap, dan pada saya sangat berbaloi-baloi. Bayangkan, kami makan nasi berlaukkan udang galah dan daging goreng, bersama sayur campur dan harganya tidak sampai RM15.00. Kenyang sampai lusa.

Semua wanita yang berniaga. Sesuai dengan nama : Siti Khadijah

Sekadar gambar hiasan

Agak²nya, mana hilang telefon awam ini ek?

Kereta dan motorsikal sebenarnya bukan kenderaan. Harap maklum :P

Beca-lah sangat

Saya masih tak faham kenapa perlu ada manusia yang mencuri.

Selesai sudah aktiviti di siang hari. Memang banyak tempat menarik yang ada sekitar Kota Bahru. Malangnya kebanyakannya tak beroperasi kerana pada hari tersebut, rakyat jelata negeri Darul Naim itu sedang menjalankan raptai bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda Sultan mereka. Kejadian berlaku sekitar Kelantan Gate & Masjid Muhammadiah.

Menyaksikan persembahan wayang kulit yang dipertontonkan khas buat kami siswa-siswi yang datang melawat. Seronok sangat sebab dilayan sempurna selain kami diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menjadi Tok Dalang dan pemain² alat muzik seni tradisional ini.

Walaupun agak berusia, pakcik Tok Dalang ini langsung tak 'pancit' semasa mengemudi watak-watak wayang kulit tersebut. Tabik spring-lah kat pakcik! (subject under-expose)

Kanak-kanak masih menggemari seni warisan sebegini. Unik, benar² unik.

Pulang dan berehat. Esok akan check-out dan ke lokasi baru :)

Pengkalan Kubu

Berada di sempadan. Ada yang nak nikah di Golok? Dah dekat dah ni. haha

Beli bola untuk maen² di pantai kejap lagi. Malangnya.... hujan :(

Semasa di sini, terserempak dengan ibu saudara my incik kekasih. Beliau dan suami beserta dengan geng² motor besar. Seronok benar kalau dapat merasai konvoi macam diorang. Terus mesej incik kekasih dan berangan sama-sama. *gedik kejap ^ ^

Sempat singgah di sini.

Rumah ibadah mereka yang beragama Buddha. Siriyes besaaaar giler!

No caption for this,

this,

and this.

Gigih benor jadi photographer :)

Hari itu berakhir di Pantai Sri Tujuh. Kami check-in di chalet di pantai berkenaan. Malamnya kami ber-barbeque. Gambar tak sempat nak ambil sebab masing² busy makan. Ada jugak yang busy mengumpat. Tak kurang jugak sebahagian dari kami yang lepak tengok tv. Eh, barbeque & tengok tv? hahaha. Kami ber-BBQ di depan chalet je sebab malam itu cuaca kurang mengizinkan. Jagung bakar sangat best dan saya makan 3 bijik. hahaha. Selesai makan² kami ke cafe berdekatan untuk menonton AIM 2011. Seronok lepak ramai²!

 Pantai Cahaya Bulan. Kami sempat singgah sini juga
p/s : Air kelapa di sini sangat best!

Masjid Beijing : Terasa seolah-olah berada di negara China. eceh!

Coursemates (semua baek² dan cantek². Termasuklah saya. winkwink)

Nikon D5000 ^ ^

Dalam bas pun bolehhhhh

Bakat terpendam yang kurang senonoh. Kau mampu?

Photojournalism sesungguhnya sangat menarik!

notes : Dengar cerita nanti semester 2 akan ke Pulau Perhentian. Waaaa, sangat teruja. Walaupun saya ini anak jati negeri Terengganu, belum pernah saya menjejakkan kaki ke pulau berkenaan. Jadi, sesungguhnya peluang itu saya nantikan.
(boleh usha siap-siap untuk honeymoon kelak. gedik lagi skali. hahaha)

Kemahuan juga keinginan

Sedang siapkan kerja sekolah. Tapi idea tiba² hilang. Stop for a second, then I'm tumblr-ing
And I've found this:


Boleh tak sape² tolong hadiahkan untuk saya?

Friday, November 18, 2011

Dalam masyarakat binatang tiada manusia tapi.....

Selesai kuliah tadi, lepak sekejap kat parking lot dengan coursemates & lecturer. Saya mula-lah bercerita tentang masalah time interview seorang hamba Allah semalam. Pot pet pot pet duk ber-story telling, our lecturer tu pon kasitaw la tentang status 'kecewa' dekan pusat pengajian kami di laman sosial Facebook. Then balik bilik teruslah check check check it out. Hahaha. So berikut adalah luahan hati beliau, mohon kita sama-sama ambil iktibar :)
 
-- I was having lunch with my wife and daughter at Anjung Budi, USM. My wife stood up to get her food and left our table. Another patron (a student I suppose and not sure whether Malaysian or not) grab the chair which was left vacant by my wife, without even asking. I suppose any culture any where in the world would teach their people to politely ask whether one can take the chair or not ...from another table. As he was grabbing the chair away, I stood up and nicely told him (in English) that there's someone else sitting in that chair. Ignoring my words, he pulled the chair away and sat a few table away from ours. I walked to him and asked him whether he understood what I've said. Uncouthly, he stood up and replied "NO, I DON'T UNDERSTAND" (Yes, in English). How stupid can you be to answer in a language that you claim you don't understand. But that's not the point. The problem is in a university, where people are supposed to be more civilised that those outside, we have people who is simply BIADAP, KURANG AJAR, ANGKUH, UNCIVILISED and UNCULTURED! Since I was not in the mood for a fight, I let him off. But I wonder from whose hole this boy comes from. For him this is what I can say (if he can understand BM).
"Dalam msyrkt binatang tidak ada manusia, tetapi di dalam msyrkt manusia ada binatang!"
- by Professor Dr Adnan Hussein, Dean, School of Communication, USM.
Pengajaran:
Even kamu anak datuk, even kamu pemilik hotel 7-8 bintang, or maybe kamu keturunan bangsawan sekalipun, ADAB TETAP ADAB. Former Vice-Chancellor of USM in his last speech reminded us of trilogy budi - Budi Bahasa, Budi Pekerti dan Budi Bicara. Harap-harap mamat yang 'binatang dalam masyarakat manusia' itu akan sedar-lah ea. Kita memang takkan lari dari berbuat kesilapan. But then, kalau dalam diri ada sifat 'manusia', simple manner macam ini ofkos awal² lagi kita dah tahu. YEDOK?

Wednesday, November 16, 2011

Kita adalah kenangan

You were my past.
Will never be my future.
I'll always pray for you : hope you'll get yours.



 I've found mine.

Padang Bulan (page 113)

Life is what happens to us when we are busy making plans.
- John Lennon

Tuesday, November 15, 2011

Tuesday, November 8, 2011

Kisah si adik

Intan Shakira 

-- matanya bulat & sangat-lah besar,
-- kulit agak gelap (lebih manis kalau saya tulis sebagai 'hitam manes'. kehkehkeh)
-- lahir 20 Jun 1994
-- Maktab Rendah Sains Mara Besut, Terengganu (mentang²-lah still dalam negeri, tiap-tiap minggu mintak maa abah pegi jenguk. cessss, saya sangat jeles)
-- Orangnya agak tinggi, lebih tinggi dari saya selaku kakaknya. wooooott woot!
-- Pendiam bila letih, tapi takkan stop bercakap kalau dia ada energy.
-- Minah gila tomyam. Perkara pertama yang dia cari bila cuti balik rumah adalah periuk tomyam kat dapur. Hampeh!!
-- Anak nombor 5 dari 6 beradik. 10 tahun dia jadi anak bongsu, thats why the siblings called her ADIK INN & si bongsu sekarang named IMAN.

Beliau memegang bungkusan berisi tomyam & see, matanya sangat besar!

Oke. Kenapa bersungguh² sangat saya mulakan entry dengan bibliografi budak bernama Intan Shakira nih? Mesti kalian pelik. Kan? Baeklah, saya jelaskan sekarang.
 
Sis.. mggu dpan i exam...doakn i aw..miz u so much sis..! <-- her text msj

Next week adalah minggu yang agak besar buat my lil' sis nih. Beliau akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kalian pasti sedia maklum betapa pentingnya SPM. Kalau tak OK, maka KO-lah plan akan datang. Contoh sendiri dah depan mata. Ni haaaaa: diri saya sendiri merasa. Result tak memuaskan. Sebab itu-lah masuk form 6 dan extend lagi 2 tahun jadi budak sekolah. Penaaaaaaat siot! hahaahha. Tapi takpe, berbaloi r sebab merasa jadi best student. (Sempat lagi masuk bakul angkat senirik. wink wink)

oke oke. Dah jauh tersasar nih. Berbalik kepada story pasal Intan Shakira, saya mintak anda, anda, dan anda yang sudi membaca untuk sama² mendoakan yang terbaek buat adik saya. Siriyes saya nampak usaha dia bukan baru² ni aje, tapi dah start last year. So, mintak² berbaloi-lah her effort. Hope so much :)

Dan kepada my Intan Shakira,

-- Thanks sayang sebab selalu jadi kawan yang berdiri bukan di belakang Kaktin untuk pangku kalau Kaktin jatuh, bukan di depan Kaktin untuk guide jalan Kaktin, tapi thanks sebab jadi kawan yang berada di sisi Kaktin untuk temani Kaktin sentiasa. Sayang-mu banyak². Tahu?

-- SPM nanti buat elok. Family akan selalu doa-kan yang terbaik untuk adik. Jangan risau, bila adik dah usaha habis daya, Insya-Allah DIA akan bantu.

-- Akhir kata, maju-lah Intan Shakira untuk hari esok.

 Siblings

p/s : Percayalah adik, hidup di universiti sangat indah. So, tolong-lah masuk  kalau nak merasa keindahannya. Jangan risau, Kaktin akan temankan adik buat degree sebab time tu Kaktin buat master plak ~ Ameen.

Sunday, November 6, 2011

Sorang² tapi tak sendirian

Assalamualaikum.

Entri kali ini ingin sekali saya taip tentang situasi saya sekarang.

Bulan November, dan hari ini adalah Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Korban. Saya sekarang di bilik saya, bukan bilik di kampung halaman tapi bilik di kampus. Sedihnya, tahun kedua beraya korban di utagha Malaysia. Sedihnya. Sayu rasa bila tadi dengar takbir raya. Even Aidiladha taklah semeriah Aidilfitri, tapi suasana 'SYOKNYA RAYA' still akan ada.

Tadi sempat berbual dengan Kakcha, bersembang dengan Iman, mesej² dengan abah n maa, dan juga mesej² dengan incik kekasih.

Abah -- Salam Aidiladha juga buat anak abah di perantauan. Family di sini sentiasa doakan Atin supaya baek² aje kat sana.

Maa -- Atin raya kat bilik aje? Nanti ma pos sambal kering. Nak mende lagi? Jaga diri bebaik. Jangan sedih² la, kami kat sini selalu doakan Atin happy kat Penang.

Iman -- Kaktin, Kaktin, adik tengok Alamak Toyol haritu. Bila Kaktin nak balik, jap lagi kita boleh pegi tengok sama². Cepat-lah balik.

Incik Kekasih -- Jangan sedih oke. Hby akan selalu temankan syg. Smile baby smile :)

Meskipun dugaan demi dugaan datang sepanjang semester ni, walaupun payah benar nak lalui cabaran satu demi satu,... Saya pasti dalam segala musim, Tuhan sentiasa penyayang. Saya pasti saya tak sendirian. Terima kasih buat family yang sentiasa memahami, kawan-kawan yang menyokong, incik kekasih yang selalu sabar dengan sifat baran saya, and also buat diri sendiri yang sedaya-upaya bersikap positif.


Sesungguhnya pintu² syurga terbuka lebar untuk orang yang sabar menerima ujian Allah

Salam Aidiladha semua.
Semoga nikmat dan barakah dari-Nya sentiasa mengiringi kita semua. Ameen.

Thursday, November 3, 2011

Darah daging, cinta sejati takkan pernah mati ♥

Dia adik saya, namanya LYA SYAFAWANI.

Sudah berumahtangga.


Benar, dia ibu kepada 2 cahayamata. Saya sayang dia, juga anak-anaknya.

Jodoh dia sampai dulu sebelum saya.
Semoga dia bahagia hingga ke akhir usia.