Sunday, April 29, 2012

Old school di jiwaku. eceh!

Klasik. Saya dah lama sedar bahawa di situ letaknya jiwa saya. Sebut saja budaya-budaya di Malaysia khususnya, saya cukup berminat untuk turut serta. Mungkin bukan sebagai ahli anggota, tapi sudah cukup walau sekadar pemerhati upacara. Indah, cukup indah.

Misalnya bulan lalu, menonton persembahan di Malam Citra Bayu. Budaya negeri Sabah yang serba sempurna dan mempersona telah menarik saya untuk mula bercita-cita untuk suatu hari nanti menjejakkan kaki ke sana. Sabah, tunggu aku.

Semalam, hadir dalam Fiesta Kebudayaan Zapin Johor. Pertandingan yang sebenarnya lebih kepada suatu pentas untuk membudayakan seni warisan negeri berkenaan. Saya jatuh cinta. Sebenarnya sudah lama hati ini tergoda pada tarian yang penuh kehalusan dan kelembutannya itu, cuma semalam baru punya peluang. Walau penat seharian menjalani latihan ketenteraan, masih mampu meluangkan masa untuk seni warisan itu. Demi minat. Melihat si kacak segak dan perkasa menggerakkan setiap susun langkahnya, juga si dara yang cukup anggun jelita mengorak tari dengan begitu lemah-gemalai. Benar-benar tidak menghampakan. Owh btw, tahniah UiTM Shah Alam kerana menjadi johan sulung :)


Begitu juga dengan seni wayang kulit. Teringat akan lawatan di Kelantan semester lalu. Ketika kami sempat menyaksikan persembahan khas seni wayang kulit selain dapat sendiri merasai pengalaman berada di belakang tabir. Bagaimana susun aturnya. Bagaimana Tok Dalangnya berbicara. Bagaimana watak-wataknya beraksi dengan penuh pesona. Bagaimana para pemain muzik yang pada saya masih muda tapi berbekalkan minat, mereka masih setia pada seni berkenaan.

Begitulah kata orang, tak kenal mana datangnya rasa cinta. Mungkin cinta saya pada segala elemen klasik menjadikan saya sentiasa berfikiran dan berpandangan terkebelakang. Bukan mundur, tetapi 'oldschool'. Saya selesa dengan cara itu.

Saya sudah agak lama menyimpan impian belajar gamelan. Bukan tarian, tapi perkakasnya.
Indah bukan main.


 Klasik. Disitu letaknya jiwaku.

Monday, April 23, 2012

Bulan ditutup awan

It is a beautiful classical song,
and she make it lovely.


 Tak pernah mengecewakan.
Indah sekali.

Saturday, April 7, 2012

Love Letter

Dan kerana aku ingin kamu,
Itu saja.


Together if possible

Selamat 23 tahun, sayang.



*Jika kaklong masih ada, hari ini arwah genap 28 tahun. Semoga kaklong bahagia di sana :)

Monday, April 2, 2012

Sniper rabun. Kau mampu?

Air Pistol & Air Rifle Shooting Game -- Subang, 18-22 April 2012
Representing the contestant; Martina Amira Azam.
Aku rabun kot! Haha
(Dan sekarang aku agak confuse, adakah rabun aku telah menjangkiti mereka yang pilih dan naikkan nama aku? Hurmmm, agenda politik ke ape nih? Haha)


7 April, birthday arwah kaklong & my incik kekasih. 7 April jugak terpaksa hilang seketika sebab ada latihan berterusan sehingga 14hb (menembak di Gurun, Kedah). Huhu. Tapi akan ponteng separuh latihan sebab ada tanggungjawab akademik yang perlu diselesaikan. Dan ada 'perancangan jahat' bersama rumet. Hahaha. Harap² segalanya berjalan sempurna. Ameen :)

*Kakcha mimpi kaklong. Agrhhhh, jeles! Nak jumpa kaklong gak!!!