Thursday, June 28, 2012

Waktu berlalu laju

Impian yang hampir pasti. Mohon doa kalian semoga sihat sehingga ke hari jadi.
Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke31.

 Tidak lama saja lagi.
Menghitung hari :)

Kepada skuad senior kami Cobra Satria, kami sayang kalian. Terima kasih kerana menjadi teladan dan beri banyak bimbingan. Tak lupa kepada Wira Panthera serta semua Young Officer yang tak pernah jemu menghulurkan sumbangan tenaga, ilmu pengetahuan, juga masa yang tidak terbandingkan. Kepada jurulatih tersayang (staf Cha a.k.a our gorgeous sister & staf Fauzi a.k.a abah), budi dan jasa baik kalian hanya mampu kami ucapkan jutaan terima kasih. Akan kami kenang sampai hujung usia; Insya Allah. Juga buat abang kami yang kadang-kadang garang, kadang-kadan budiman, dan kadang-kadang macam tak tahu kami nak baca apa dalam fikirannya, terima kasih, tuan. Kepada adik-adik junior dan intermediate, teruskan perjalanan kalian. Habiskan dengan cemerlang. Semoga berjaya. Dan akhir kata kepada semua warga PALAPES USM, terima kasih yang tidak terhingga. Kami menimba seribu satu pengalaman di sana. Akan kami guna untuk dunia realiti di luar kelak. Tiga tahun yang penuh suka duka. Tak pernah menyesal. Di balik yang perit itu ada manisnya. 17 Julai 2012 bakal menjanjikan permulaan yang baru buat kami pegawai kadet senior.

Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan kalian.

Buat skuad Tarantula Perkasa, ayuh kita sama-sama berjuang hingga ke penghabisan :)

Wednesday, June 20, 2012

Tiap hari sayang

When I find you, I'll find me.

Memang agak lama kita tak jumpa. Sangat lama kita tak bercakap. Sekadar mesej sekeping dua, itu pun untuk ucap selamat pagi dan selamat malam cuma. Tapi tak mengapa. Sebab kita sama-sama tahu, kita sama-sama percaya bahawa semua itu bukanlah masalah yang boleh buat kita hilang rasa cinta. Kita sekarang sedang membina masa depan. Di mana ia adalah untuk kita dan keluarga kita juga. Eh, saya jiwang tiba-tiba. Eeee, malu malu maluuu!








Sayang saya bukan hanya pada kata-kata mahupun coretan pena semata. Ia adalah dari jiwa dan hati tulus seorang hamba-Nya. InsyaAllah akan kekal sampai bila-bila.

Monday, June 4, 2012

Sakit penghapus dosa

Lebih seminggu tak sehat. Mula² demam selesema, and then batuk teruk. Sedih betul dengan tahap antibody yang semakin lama macam semakin out. Padahal, time² macam nilah saya perlu untuk terus kekal sihat memandangkan final exam bakal berlangsung tak lama saja lagi *tolong doakan segalanya berjalan lancar.

Hari ini dah masuk hari ke-8 saya batuk dengan agak teruk. Minuman berais, ice cream, dan segala macam bentuk makanan yang memudaratkan lagi batuk saya telah dielakkan. Saya bukan jenis mudah sakit, tapi kali ini memang lain macam sikit dugaannya. Moga² banyak-lah dosa yang terampun sebab sakit itu kan penghapus dosa. Insya-Allah.

Emosi pun sikit-sebanyak terganggu. Selalu saja rasa macam down tak kena masa. Sebab selalu sangat batalkan plan sebab sakit tiba-tiba teruk. Bukan apa, sebenarnya sekarang dalam perancangan nak back-packing dengan member-member. Mahu pusing-pusing sekitar Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan. Jadi, semoga sehat-lah cepat supaya perancangan yang dijadualkan boleh saya sertai dengan sempurna. Kalau boleh, nak jugak-lah jadikan activity ni as our last memorable vacation before graduate soon :)

By-the-way, sekarang dalam proses menunggu maklumbalas dari pihak Astro tentang offer yang saya terima minggu lalu. Harap² masih terbuka tawaran kerja itu hendaknya. Ameen. Nanti kalau positif, boleh-lah mula kerjaya sebaik tamat belajar. Macam seronok aje ^^ Tolong doakan ye. Hehe.

Dengan hanya mengingati Allah, hati akan tenang.