31 Ogos 2012, jam 1437.
Perbincangan yang sangat serius dengan abah.
Serius yang sedikitpun tidak ada senyum.
Berbincang empat mata.
Berbincang empat mata.
"Sebetulnya abah nak Atin sambung belajar lagi," kata abah.
Saya ingatkan, semua orang ingin lihat saya bekerja. Rupanya tidak. Ramai benar mahu saya terus menuntut ilmu.
Alhamdulillah, nampaknya ramai yang mendoakan dan menyimpan impian yang sama.
Alhamdulillah, nampaknya ramai yang mendoakan dan menyimpan impian yang sama.
Perbincangan berakhir dengan rasa lega di dada. Gembira tidak terhingga.
Insya Allah, jika ada rezeki saya, status sebagai pelajar akan saya pegang semula.