Wednesday, November 21, 2012

Kusut-masai-kan kepala

Greetings from Institute of Postgraduate Studies, USM.

.
.
.
.
.
.

Application for February Intake is now open from 23 October to 23 November 2012.
Be postgraduates@ USM. Apply today and join the bandwagon!

Regards,
Institute of Postgraduate Studies,
Universiti Sains Malaysia.



~sigh~

Tuesday, November 20, 2012

2 mak 2 bapak (belum campur mertua lagi)

Sedang dalam mode 'job hunting', tiba-tiba muncul semangat nak update entry.
zasssssss.
(Itu bukan bunyi malaikat lalu naik skuter laju-laju tiba-tiba, tapi itu bunyi idea muncul tiba-tiba lepas daripada semangat tadi yang datangnya pun secara tiba-tiba. Eh, apahal semua nak main tiba-tiba je tiba-tiba ni? Ish, garu kepala fikir)

Hurmmmm, tak sure tang mana nak mulakan.

*pause*

Saya nak start dengan doa dulu.
Semoga abah, maa, ayah, dan mak sentiasa bahagia dengan hidup dan pilihan kalian.
Semoga adik-adik dan kakak (dan arwah kakak) juga aman sentosa hendaknya dengan perjalanan yang kalian lalui dan bakal tempuhi kelak.
Dan tak lupa semoga diri-sendiri dapat senyum seperti selalunya.

*pause*

November. Baru separuh bulan dijalani tapi begitu besar perubahan yang dialami.

*pause*

Lepas abah dan maa tak lagi bersama sejak dua tahun sudah, kami adik-beradik dapat terima dengan hati yang pasrah. Eh, itu bukan bunyi sedih tapi syukur. Kenapa? Sebab segala yang berlaku adalah ketentuan dari-Nya. Macam yang selalu sangat saya duk sebut duk canang duk post dekat wall, 'Allah duga manusia yang Dia cinta'. Mudah betul hati ini untuk kembali senyum bahagia kalau sentiasa redha dengan apa yang Dia kurnia.

Pasal maa dan abah. Ini bukan nak buka pekung di dada. Ini sekadar mahu kongsi cerita.

*pause*

Maa dah punya pengganti.
Abah dah temui penyeri hidupnya sekali lagi.
Itulah yang dinamakan JODOH.
26 tahun kasih dan sayang mereka bertaut, lalu putus dengan penceraian.
Itu ketika saya di tahun satu di universiti.

Dulu mungkin sedikit tercalar di hati.
Mungkin juga sering menangis seorang diri.
Kadangkala mengenangkan nasib yang menyedihkan, saya jadi lebih suka menyepi.

Tapi sekarang tidak lagi.
Melihat adik-adik membesar dengan bahagia, kakak yang selalu riang.
Maa dan abah senyum dengan pasangan masing-masing.
Hati jadi senang.

Rupanya memang tepat sekali percaturan Tuhan.
Hebat sekali aturan yang Dia jadualkan.

*pause*

Hari mendatang pasti akan menduga lagi.
Tapi saya pasti, saya akan kuat kerana dugaan besar telah berjaya saya lalui.

*pause*

Habis cerita.
Mari beri sedikit santapan untuk mata kalian -- sedikit gambar di majlis pernikahan abah kesayangan. Wehuuuu~

Malas nak buat caption. Malas nak masukkan gambar satu-satu.
Malas sebab internet tak laju.

Gambar dengan kesayangan wajib-lah ada. Baru meriah.
(Thanks sayang sebab tolong jadi photographer. Sayang you lebih-lah. Haha)