Monday, July 16, 2012

Dah makin tua, makin berusia.

Ke hadapan Kakcha (Aida Salisa Azam),

Selamat bertambah usia, bertambah pahala, bertambah kebahagiaan, juga bertambahlah kesenangan di dunia juga di akhirat kelak. Atin di sini mohon maaf kerana hanya mampu ucapkan menerusi blog sahaja memandangkan sekarang tidak berada di rumah untuk menyambutnya bersama keluarga. Atin sayang Kakcha. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi kakak yang paling sempoi, paling gila-gila, paling mengada-ngada, dan kadang-kadang paling manja. Terima kasih kerana menyanyangi saya walaupun kadang-kadang Atin ni annoying gila. Haha. Sayang kau! Hadiah? Tunggu saya kerja. Haha.

Selamat dunia akhirat hendaknya. Ameen :)

Dari adinda yang jauh di mata tapi di hati sentiasa ada.