Tuesday, December 4, 2012

There's no place like home

Homesick.
Agak teruk sampai-kan saya list down few things yang saya akan tuntut tatkala balik nanti.
Few things yang sememangnya saya amat rindu, amat mahu, dan for sure takde di sini.

1. Warm hugs from my lil' princess Damia, Uuni, and of course my hero Adam Aiman.
2. Tidur bersama mereka.
3. Make them cry and then pujuk mereka dengan kata-kata manis. Haha. Kejam.
4. Gigit Uuni sampai dia merajuk dengan saya.
5. Ketam masak lemak cili api maa @ kakcha.
6. Sira labu special hanya maa yang mampu buat the way I want it to be.
7. Pulut durian. Ini memang abah punya part ^^
8. Kinder Bueno. Eh, yang ini boleh aje dapat kat mana-mana kedai. Haha. Takde, nak masukkan dalam list jugak! Lantak-ah!
9. Driving kakcha's car, bawa saja ke mana mereka request. Eh, rindu betul.
10. Makan di Pasar Dungun setiap pagi Jumaat.
11. Ziarah KakLong.
12. Pasar malam Khamis, Isnin, Jumaat, dan Ahad.
13. Rindu Damia sangat-sangat.
14. Rindu Hawa Ayuni.
15. Rindu Adam Aiman.
16. Rindu Iman Elyana.
17. Leteran tanpa henti maa kesayangan.
18. Lepak depan tv dengan abah, sambil bincang tentang masa depan.
19. Gurau senda dengan kakcha & mengumpat dengan Lya.
20. Rumah usang di Jalan Melati. Usang yang menggembirakan.
21. Rumah sederhana di Kampung Sungai Buaya. Rumah di mana saya dibesarkan.
22. SK.Kuala Dungun, SMK. Seri Dungun, SMK. Tengku Intan Zaharah, dan Tadika KEMAS Dewan Sri Nibong. Semuanya mendidik sampai saya jadi seperti saya yang hari ini.
23. Rindu arwah KakLong. Rindu menggebu, sedikitpun tidak tipu.
24. Rindu air kopi arwah tok. Owh, kopi buatan tangan orang kampung memang tiada tandingan.

Sedang asyik menaip, Kak Norli telefon. Menyampaikan khabar dari Kelantan, di mana Danisha kini dibesarkan. Anak arwah KakLong kini sudah membesar dengan gembiranya di sana. Hampir 3 tahun tidak berjumpa dengan dia. Rindu luar biasa. Petah sudah dia berbicara. Pandai pula dia berkata-kata. Sangat lama kami tidak bergurau-senda, tapi seperti baru semalam dahinya saya kucup mesra. Danisha,membesarlah kamu dengan penuh iman dan taqwa. Semoga kamu sentiasa dirahmati-Nya.

25. Rindu Nur Emyza Danisha.
26. Segalanya di kampung. Tidak satu pun yang ada di sana yang terlepas dari rasa rindu ini. Sungguh.

#Rindu sampai sesak dada menahannya.