Akan ada sasaran baru yang perlu aku tepati.
Akan ada kepentingan lain yang akan aku penuhi.
Akan ada pula seribu macam perkara yang mahu tak mahu, harus aku lunasi.
Lepas Ogos.
Status aku akan bertukar.
Kedudukan aku juga akan berubah.
Keadaan aku memang sudah tentu bukan seperti sekarang.
Sebab lepas Ogos ini.
Aku akan jadi pelajar semula.
Berada jauh dari keluarga.
Dan tidak mungkin gembira dan bahagia macam sediakala.
Sebab jauh dari mereka, pastinya bakal sangat menduga.
Lepas Ogos.
Perjalanan untuk mengatur masa depan akan menjadi sangat serius.
Eh, SEBENARNYA SEBELUM INI AKU SUDAH SERIUS.
Cuma perancangan itu tidak begitu tepat.
Mungkin.
Jadi selepas Ogos.
Tidak mungkin sedikitpun aku bazirkan.
Baik masa, tenaga, harta, juga jiwa.
Tidak akan aku bazirkan.
Sebab selepas Ogos.
Segala yang aku aturkan adalah demi masa depan.
-- 29 Ogos lalu, aku menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Penerangan (pelajaran kesihatan) S41. Keputusannya bakal dimaklumkan 3 Oktober 2013. Mengharap sudah tentu, menginginkan sudah pasti. Jika ada rezeki, akan dipanggil untuk temuduga. Belajar? Masih diteruskan, cuma kerjaya aku dahulukan. Semoga dimudahkan perjalanan. Dengan Izin Tuhan.