Friday, October 25, 2013

Hati.

Wahai hati;

Ingatlah untuk sentiasa kuat, kukuh, dan berdiri teguh menghadapi segala apa yang datang. Semua ini takkan pernah mudah, sebab Allah suka menguji hamba²-Nya, demi menjadikan mereka menjadi manusia yang tabah. Allah suka mendengar doa hamba²-Nya. Ingatlah juga bahawa perjalanan hidup takkan sentiasa lurus. Takkan pula sentiasa mulus. Malah takkan mungkin sentiasa telus. Akan ada saja halangan dari apa-apa dan siapa-siapa di sepanjang jalan itu. Sinilah perlunya kamu teguh, kuat, dan kukuh.

Wahai hati;

Jangan pernah lupa untuk sentiasa berpegang pada Dia yang Esa. Percaya sepenuhnya. Percaya sepenuh jiwa. Maka kelak kamu takkan sesat, tersasar, dan alpa. Sebab Allah tidak menyesatkan kita, melainkan kita sendiri yang cuba menjauhkan diri dari landasan yang disediakan-Nya.

Wahai hati;

Hidup ini sesungguhnya satu perjalanan yang panjang. Janganlah kamu fikir bahawa orang yang kamu perlu itu akan sentiasa ada. Dalam susah senang kamu. Dan senyum dan tangis kamu. Mereka takkan selalu ada. Walau mereka menjanjikan untuk sentiasa bersama.

Maka berpeganglah pada Dia yang Esa satu²nya.
Sebab Dia PASTI sentiasa ada.
Di setiap ketika.
Dan setiap suasana.

Jadi,

Wahai hati;

Kuatlah.
Kukuhlah.
Teguhlah berdiri.

Jangan mengharap pada dia, dia, dia, dan mereka.
Memohonlah pada Dia yang Esa.
Sebab Dia akan selalu ada.