Korang pernah tak rasa lost? Rasa macam everything just not right. Rasa macam serba-serbi tak kena and you can't even know how to fix it. You can't even imagine that 'that' will happen to you. Nampak macam berattttt sangat. Pernah?
Aku sekarang lalui fasa itu. Di mana aku rasa macam setiap benda tak betul dan tak mampu nak aku hadam sorang-sorang. Di mana aku rasa seolah-olah masalah yang berlaku adalah super duper big deal yang terpaksa aku settlekan sendirian.
Yet, I feel that way.
And then after a lil bit time, kenyataannya masalah tu takdelah besar mana. Dan aku takdelah sorang diri. Actually, there is nothing in this whole wide world yang you can't solve. Dengan syarat, berpegang kepada Allah yang Maha Esa. Itu kunci utama.
Yes, aku tahu tapi aku susah betul nak admit it.
Quran.
Solat.
Iman.
Amal.
Sedekah.
Puasa.
Zikir.
Mana letaknya? sebab itulah kosong jiwa. Sebab itulah sering gundah-gulana. Dia ada. Dia sentiasa ada. Saban masa dan ketika.
Di saat hamba-Nya perlu atau ketika melupakan-Nya.
Dia ada.
Sekarang I am getting better. Lemah kadang-kadang tu normal-lah kan. Takdenya manusia ni hidup dengan sebahagia-bahagianya selalu. Takde. Jangan nak tipu. Pasti satu certain masa, kau rasa serba tak kena. And time itu baru kau ingat apa yang kau lupa. Dia. Dan Dia tak pernah lupa. Tak pernah.
*Please come home safely, MH370.
Friday, March 21, 2014
Saturday, January 4, 2014
Diskusi.
Sejak akhir-akhir ini
aku suka diskusi kita
walaupun ia belum pasti
tapi ia seolah janji
yang menunggu hari
untuk termetri.
seksi ovari | fh, puisi sang freud press.
aku suka diskusi kita
walaupun ia belum pasti
tapi ia seolah janji
yang menunggu hari
untuk termetri.
seksi ovari | fh, puisi sang freud press.
Tuesday, December 31, 2013
Wednesday, December 11, 2013
Rumusan cerita.
Suatu pernah.
Aku kongsi cerita dan luahan hati di sini.
Tentang hasrat abah melihat aku kembali study.
Itu setahun yang lalu, serius sekadar impian yang dalam-dalam aku selitkan di hati.
Sebab aku fikir, mungkin susah untuk aku jadikan realiti.
Sebab aku fikir, keluarga lebih perlu untuk aku mula mencari rezeki.
Tapi alangkah nasib dan aturan-Nya lain sekali.
Aku curi² buat permohonan (dengan bantuan si buah hati).
Dan dalam perjalanan itu, aku gagal sekali.
Permohonan aku ditolak untuk buat lagi satu degree.
Benar, aku mohon ijazah lagi kali.
Konon nak buat double-degree.
Dalam usaha dan perjalanan itu, dikurnia tawaran USM tercinta. Jadi student postgraduate-nya, memang serius tak pernah aku duga. Lama fikir. Dan aku tidak maklumkan kepada keluarga. Dan kemudiannya, tawaran itu tamat tempoh begitu saja. Aku biarkan ia dengan sia-sia sepenuhnya. Sebab aku fikir, keputusan (jika aku terima) mungkin akan buat hati-hati lain terluka.
Agak lama aku berduka.
Sebab tidak ikut hati dan kehendak di jiwa.
Akhirnya UPSI memanggil, permohonanku diterima.
Alhamdulillah syukur tak terkata.
.
.
.
Dan kehidupan di sini tidak mudah.
Pernah hadapi housemate jenis bawak masuk lelaki.
Pernah hadapi berhari-hari tak jumpa nasi.
Pernah hadapi hampir seminggu cuma makan roti.
Pernah juga hadapi seminggu itu tidur sekitar empat pagi.

Kerja banyak tak terkira.
Kuliah lama panjang berjela.
Kuiz, ujian, jangan kata.
Cuma pada awalnya saja.
Sebab sekarang semua macam hampir sempurna.
Semester satu bakal sampai ke penghujungnya.
Gembira!
Saturday, November 2, 2013
It is okay.
I am upset.
But it is okay.
I'm doing just fine.
I will be alright.
I'll keep that promise.
Thanks for making me waiting for such a long time.
Thank you.
I am upset.
But it is okay because I will be alright.
Just please; never make promises.
Any-more.

Friday, October 25, 2013
Hati.
Wahai hati;
Ingatlah untuk sentiasa kuat, kukuh, dan berdiri teguh menghadapi segala apa yang datang. Semua ini takkan pernah mudah, sebab Allah suka menguji hamba²-Nya, demi menjadikan mereka menjadi manusia yang tabah. Allah suka mendengar doa hamba²-Nya. Ingatlah juga bahawa perjalanan hidup takkan sentiasa lurus. Takkan pula sentiasa mulus. Malah takkan mungkin sentiasa telus. Akan ada saja halangan dari apa-apa dan siapa-siapa di sepanjang jalan itu. Sinilah perlunya kamu teguh, kuat, dan kukuh.
Wahai hati;
Jangan pernah lupa untuk sentiasa berpegang pada Dia yang Esa. Percaya sepenuhnya. Percaya sepenuh jiwa. Maka kelak kamu takkan sesat, tersasar, dan alpa. Sebab Allah tidak menyesatkan kita, melainkan kita sendiri yang cuba menjauhkan diri dari landasan yang disediakan-Nya.
Wahai hati;
Hidup ini sesungguhnya satu perjalanan yang panjang. Janganlah kamu fikir bahawa orang yang kamu perlu itu akan sentiasa ada. Dalam susah senang kamu. Dan senyum dan tangis kamu. Mereka takkan selalu ada. Walau mereka menjanjikan untuk sentiasa bersama.
Maka berpeganglah pada Dia yang Esa satu²nya.
Sebab Dia PASTI sentiasa ada.
Di setiap ketika.
Dan setiap suasana.
Jadi,
Wahai hati;
Kuatlah.
Kukuhlah.
Teguhlah berdiri.
Jangan mengharap pada dia, dia, dia, dan mereka.
Memohonlah pada Dia yang Esa.
Sebab Dia akan selalu ada.
Monday, September 30, 2013
Nah hamik.
“
ye. aku tau aku tak cantik.
tapi aku tak gedik.
aku mahal.
tapi aku tak gedik.
aku mahal.
fynnjamal, 5 november 2010.
Tuesday, September 24, 2013
Boleh tak kalau nak buat luahan hati kat sini?
Even if you said NO, saya still nak buat luahan hati kat sini.
Hari ini Selasa.
Esok Rabu.
Maka lusa adalah Khamis, juga menjadi hari di mana genap seminggu saya di sini.
Gembirakah?
Mudahkah kehidupan di sini?
Selesakah?
Bahagiakah melalui hari-hari di UPSI?
Negatif.
Totally negative.
Saya tak gembira.
Sungguh sedikitpun saya tak tipu.
Dan saya ingin segera 2 tahun berlalu.
Life di sini sesungguhnya takkan pernah sama dengan hidup di USM dulu. Tiga tahun sebagai pelajar degree, bersama teman-teman sekepala benar-benar membahagiakan. Sedangkan sekarang, life as a postgraduate student memerlukan untuk saya hidup sendiri. Benar, saya ada teman sebilik, rakan serumah, kawan sekuliah. Tapi, sungguh. Sungguh saya tidak punya jiwa dengan mereka. Mereka baik, mereka ramah, mereka prihatin malah mereka penyayang. Namun takkan pernah mampu mengisi tempat teman-teman lalu.
Takkan mungkin mampu.
Jika benar saya meletakkan harapan terlalu tinggi, yakni mencari sahabat sejati seperti teman degree, saya serius tidak memaksudkannya.
Saya cuma ingin hidup yang tidak seperti sekarang.
Tidak seperti yang hari ini.
Tidak seperti yang saya lalui setakat hampir seminggu di sini.
Saya harap, dua tahun cepat berlalu pergi.
Serius tak larat nak hidup begini.
Menangis sendiri.
Saturday, September 21, 2013
Sayang.
Saat asaku mati dan jiwamu berlari dari dunia yang hiba
Dalam kelam bersua kunang-kunang cahaya dari kelip jadi semesta
Aku panah dan engkau busur kayu retak menghasil lagu
Jangan berhenti menyusun senandung
Jadikanku tulang rusuk yang menyempurna tubuhmu
Jangan berhenti menepuk tanganku.

I've found mine.
Semoga aturan-Nya denganku adalah dia; Ikram Jaafar.
Ameen.
♥
Jangan berhenti menepuk tanganku.
Wani Ardy.
Friday, August 30, 2013
Buku baru.
Lepas Ogos ini.
Akan ada sasaran baru yang perlu aku tepati.
Akan ada kepentingan lain yang akan aku penuhi.
Akan ada pula seribu macam perkara yang mahu tak mahu, harus aku lunasi.
Lepas Ogos.
Status aku akan bertukar.
Kedudukan aku juga akan berubah.
Keadaan aku memang sudah tentu bukan seperti sekarang.
Sebab lepas Ogos ini.
Aku akan jadi pelajar semula.
Berada jauh dari keluarga.
Dan tidak mungkin gembira dan bahagia macam sediakala.
Sebab jauh dari mereka, pastinya bakal sangat menduga.
Lepas Ogos.
Perjalanan untuk mengatur masa depan akan menjadi sangat serius.
Eh, SEBENARNYA SEBELUM INI AKU SUDAH SERIUS.
Cuma perancangan itu tidak begitu tepat.
Mungkin.
Jadi selepas Ogos.
Tidak mungkin sedikitpun aku bazirkan.
Baik masa, tenaga, harta, juga jiwa.
Tidak akan aku bazirkan.
Sebab selepas Ogos.
Segala yang aku aturkan adalah demi masa depan.

-- 29 Ogos lalu, aku menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Penerangan (pelajaran kesihatan) S41. Keputusannya bakal dimaklumkan 3 Oktober 2013. Mengharap sudah tentu, menginginkan sudah pasti. Jika ada rezeki, akan dipanggil untuk temuduga. Belajar? Masih diteruskan, cuma kerjaya aku dahulukan. Semoga dimudahkan perjalanan. Dengan Izin Tuhan.
Thursday, June 20, 2013
June.
Macam lama sungguh tak bikin entry.
Macam lama sungguh tak menaip.
Macam² nak tulis, tapi macam tak tahu nak beritakan macam-mana.
Ish.
Bulan 6.
Semua hampir serupa.
Hari yang dilalui hampir sama.
Cuma yang berbezanya, kita semua semakin tua dan alam kematian semakin mendekat.
Kerja masih sama.
Letih tak kira masa.
Tapi, masih gembira dan bahagia.
Bulan 6.
Rindu kawan-kawan masih belum terubat.
Rindu USM tetap sentiasa tebal.
Rindu pada semua kenangan lepas; yang manis, pahit, pedih, susah, dan senang.
Rindu segenap perkara yang ada dalam kenangan-kenangan itu.
Bulan 6.
Banyak sungguh temuduga kerajaan yang hadir.
Bukan untuk aku saja.
Ada yang berjaya, dan tak kurang pula yang rezekinya tiada.
Dan aku salah seorang daripadanya.
Ternyata ada degree kadang-kala jadi penghalangnya.
Ralat?
Sedikitpun tiada.
Sebab aku yakin, rezeki yang lebih baik akan hadir.
Hehe.
Menunggu September untuk masa depan yang lebih berbeza.
Dengan izin-Nya.
Bulan 6.
Ramai kawan-kawan mendirikan rumahtangga.
Ramai juga teman yang dapat cahayamata.
Keluarga kami juga akan bertambah seorang teruna.
Eh, sabar menanti.
Semoga lahirnya serba sempurna.
Jadi anak yang boleh berjasa pada ayah bonda.
Keluarga kedua saya?
Alhamdulillah, hubungan semakin erat.
Mak, abah, dan semua beradik; saya rasa bahagia seperti bukan lagi dengan keluarga kedua.
Syukur sungguh sebab diterima seadanya.
Dilayan semesranya.
Disayangi sepenuh jiwa.
Dikasihi sedalam rasa.
Kesayangan hamba?
Gembira betul dia sebab sekarang sudah tak pakai lagi roda dua.
Seronok betul dia sebab sudah punya kereta.
Tahniah kanda.
Perancangan hari muka?
Semoga terus begini.
Senarai sudah ada, cuma tinggal direalitikan saja.
Tunggulah, sampai masanya takkan ke mana perginya ia.
Doa saya cuma satu saja.
Semoga dikekalkan rasa cinta.
Antara teman² semua, saudara-mara, keluarga pertama, keluarga kedua, dan dengan si dia.
Sebab bila adanya cinta, bahagia sekaligus datang bersama.
Dan bila bahagia itu ada, pasti segalanya sempurna.
Sama ada kerja, tetangga, malah hubungan dengan-Nya.
Pasti terjaga.
Mulanya dari cinta.
Bulan 6.
Hampir sempurna.

Tuesday, May 21, 2013
:'(
kawan-kawan.
Aku rindu kalian.
Sungguh.
Wednesday, January 2, 2013
Very the small one-lah!
Hidup takkan mudah.
Jadi jangan pernah lemah.
Saya percaya.
Sedikit masa lagi, semua ini akan terganti dengan kebaikan yang luar biasa hebatnya.
Saya percaya benar.
Bahawa setiap yang diusaha pasti akan ada ganjarannya.
Cepat atau lambat bukan urusan kita.
Cuma sabar saja.
Saya percaya dan yakin sedalam-dalam hati saya.
Senyum dan positif sentiasa.
Alaaaaa, kalau orang lain boleh bahagia kenapa tidak saya.
Kenapa tidak anda.
Kenapa tidak kita.
Kan?
Chill-lah Martina.
Small the pieces aje ni semua.

p/s : Target untuk miliki note untuk sedikit masa saja lagi.
.........................................................................................................................................................................................................................
Dan ini lain cerita pula. Hehe. Malas nak buat 2-3 entry.
Tak lama lagi akan dapat anak buah. Doa semoga dapat kembar, baru gempak sikit. Haha. So, setiap hari jadual kerja saya akan jadi lebih padat dan lebih berat memandangkan kakak kesayangan mengalami alahan. Almaklumlah orang mengandung, manjanya lain macam. Hehe. Jadi memang susah betul untuk luangkan masa untuk mereka-mereka yang saya sayang. Kekasih hati, kawan-kawan, malah untuk ber-sms pun jarang benar. Maaf untuk semua yang terlibat dalam perjalanan hidup saya. Harap mampu mengerti dan memaafi.
Rindu benar.
Itu saja.
Kbai.
Tuesday, December 4, 2012
There's no place like home
Homesick.
Agak teruk sampai-kan saya list down few things yang saya akan tuntut tatkala balik nanti.
Few things yang sememangnya saya amat rindu, amat mahu, dan for sure takde di sini.
1. Warm hugs from my lil' princess Damia, Uuni, and of course my hero Adam Aiman.
2. Tidur bersama mereka.
3. Make them cry and then pujuk mereka dengan kata-kata manis. Haha. Kejam.
4. Gigit Uuni sampai dia merajuk dengan saya.
5. Ketam masak lemak cili api maa @ kakcha.
6. Sira labu special hanya maa yang mampu buat the way I want it to be.
7. Pulut durian. Ini memang abah punya part ^^
8. Kinder Bueno. Eh, yang ini boleh aje dapat kat mana-mana kedai. Haha. Takde, nak masukkan dalam list jugak! Lantak-ah!
9. Driving kakcha's car, bawa saja ke mana mereka request. Eh, rindu betul.
10. Makan di Pasar Dungun setiap pagi Jumaat.
11. Ziarah KakLong.
12. Pasar malam Khamis, Isnin, Jumaat, dan Ahad.
13. Rindu Damia sangat-sangat.
14. Rindu Hawa Ayuni.
15. Rindu Adam Aiman.
16. Rindu Iman Elyana.
17. Leteran tanpa henti maa kesayangan.
18. Lepak depan tv dengan abah, sambil bincang tentang masa depan.
19. Gurau senda dengan kakcha & mengumpat dengan Lya.
20. Rumah usang di Jalan Melati. Usang yang menggembirakan.
21. Rumah sederhana di Kampung Sungai Buaya. Rumah di mana saya dibesarkan.
22. SK.Kuala Dungun, SMK. Seri Dungun, SMK. Tengku Intan Zaharah, dan Tadika KEMAS Dewan Sri Nibong. Semuanya mendidik sampai saya jadi seperti saya yang hari ini.
23. Rindu arwah KakLong. Rindu menggebu, sedikitpun tidak tipu.
24. Rindu air kopi arwah tok. Owh, kopi buatan tangan orang kampung memang tiada tandingan.
Sedang asyik menaip, Kak Norli telefon. Menyampaikan khabar dari Kelantan, di mana Danisha kini dibesarkan. Anak arwah KakLong kini sudah membesar dengan gembiranya di sana. Hampir 3 tahun tidak berjumpa dengan dia. Rindu luar biasa. Petah sudah dia berbicara. Pandai pula dia berkata-kata. Sangat lama kami tidak bergurau-senda, tapi seperti baru semalam dahinya saya kucup mesra. Danisha,membesarlah kamu dengan penuh iman dan taqwa. Semoga kamu sentiasa dirahmati-Nya.
25. Rindu Nur Emyza Danisha.
26. Segalanya di kampung. Tidak satu pun yang ada di sana yang terlepas dari rasa rindu ini. Sungguh.
#Rindu sampai sesak dada menahannya.
Wednesday, November 21, 2012
Kusut-masai-kan kepala
Greetings from Institute of Postgraduate Studies, USM.
.
.
.
.
.
.
Application for February Intake is now open from 23 October to 23 November 2012.
Be postgraduates@ USM. Apply today and join the bandwagon!
~sigh~
.
.
.
.
.
.
Application for February Intake is now open from 23 October to 23 November 2012.
Be postgraduates@ USM. Apply today and join the bandwagon!
Regards,
Institute of Postgraduate Studies,
Universiti Sains Malaysia.~sigh~
Tuesday, November 20, 2012
2 mak 2 bapak (belum campur mertua lagi)
Sedang dalam mode 'job hunting', tiba-tiba muncul semangat nak update entry.
zasssssss.
(Itu bukan bunyi malaikat lalu naik skuter laju-laju tiba-tiba, tapi itu bunyi idea muncul tiba-tiba lepas daripada semangat tadi yang datangnya pun secara tiba-tiba. Eh, apahal semua nak main tiba-tiba je tiba-tiba ni? Ish, garu kepala fikir)
Hurmmmm, tak sure tang mana nak mulakan.
*pause*
Saya nak start dengan doa dulu.
Semoga abah, maa, ayah, dan mak sentiasa bahagia dengan hidup dan pilihan kalian.
Semoga adik-adik dan kakak (dan arwah kakak) juga aman sentosa hendaknya dengan perjalanan yang kalian lalui dan bakal tempuhi kelak.
Dan tak lupa semoga diri-sendiri dapat senyum seperti selalunya.
*pause*
November. Baru separuh bulan dijalani tapi begitu besar perubahan yang dialami.
*pause*
Lepas abah dan maa tak lagi bersama sejak dua tahun sudah, kami adik-beradik dapat terima dengan hati yang pasrah. Eh, itu bukan bunyi sedih tapi syukur. Kenapa? Sebab segala yang berlaku adalah ketentuan dari-Nya. Macam yang selalu sangat saya duk sebut duk canang duk post dekat wall, 'Allah duga manusia yang Dia cinta'. Mudah betul hati ini untuk kembali senyum bahagia kalau sentiasa redha dengan apa yang Dia kurnia.
Pasal maa dan abah. Ini bukan nak buka pekung di dada. Ini sekadar mahu kongsi cerita.
*pause*
Maa dah punya pengganti.
Abah dah temui penyeri hidupnya sekali lagi.
Itulah yang dinamakan JODOH.
26 tahun kasih dan sayang mereka bertaut, lalu putus dengan penceraian.
Itu ketika saya di tahun satu di universiti.
Dulu mungkin sedikit tercalar di hati.
Mungkin juga sering menangis seorang diri.
Kadangkala mengenangkan nasib yang menyedihkan, saya jadi lebih suka menyepi.
Tapi sekarang tidak lagi.
Melihat adik-adik membesar dengan bahagia, kakak yang selalu riang.
Maa dan abah senyum dengan pasangan masing-masing.
Hati jadi senang.
Rupanya memang tepat sekali percaturan Tuhan.
Hebat sekali aturan yang Dia jadualkan.
*pause*
Hari mendatang pasti akan menduga lagi.
Tapi saya pasti, saya akan kuat kerana dugaan besar telah berjaya saya lalui.
*pause*
Habis cerita.

Mari beri sedikit santapan untuk mata kalian -- sedikit gambar di majlis pernikahan abah kesayangan. Wehuuuu~
Malas nak buat caption. Malas nak masukkan gambar satu-satu.
Malas sebab internet tak laju.
Gambar dengan kesayangan wajib-lah ada. Baru meriah.
(Thanks sayang sebab tolong jadi photographer. Sayang you lebih-lah. Haha)
Monday, October 29, 2012
Dari rantau
Alumni SMK.Seri Dungun.
Ahmad Anuar Muhamad -- Claude Bernard University Lyon 1, France.
Shamzubillah Mustafa -- Gunma University, Japan.
Ainul Asyikin -- University of Applied Sciences, Deggendorf, Germany.
Norsahida Mohamad Daham -- Murdoch University, Perth, Australia.
Aida Safina Aridi -- University of Leeds, United Kingdom.

Sempat mereka menjadi sebahagian dari isi diari zaman sekolah menengah saya.
Tumpang bangga.
Alangkah seronok & bahagianya ibu bapa mereka kerana punya anak-anak yang sedemikian rupa.
Tapi yang berada di Malaysia bukanlah tak hebat dan tak seberapa.
Semua bagus.
Cuma nasib & rezeki mereka untuk menuntut ilmu di perantauan, dan belum tiba rezeki kita.
Semoga nanti akan ada, Dengan izinnya DIA :)
Tuesday, October 23, 2012
Dear Fruit Heart
I don't mind if you wanna stay,
With that smile upon your face,
Hang around for a little while,
Travel away even for a mile.
I don't mind if you are far away
I'll be waiting for you anyway,
Under the sky of sunshine or rain,
I know 'm gonna be in your arms again.
Different continents,
Its not a thing.
Cause i know we'll be okay.
Endless borders,countless days,
Our love will pave the way.
I'll be your wall,
For you to lean on,
When you fall just try to hold on,
I'll be back in your arms,
Together we'll always be
For what may come.
With that smile upon your face,
Hang around for a little while,
Travel away even for a mile.
I don't mind if you are far away
I'll be waiting for you anyway,
Under the sky of sunshine or rain,
I know 'm gonna be in your arms again.
Different continents,
Its not a thing.
Cause i know we'll be okay.
Endless borders,countless days,
Our love will pave the way.
I'll be your wall,
For you to lean on,
When you fall just try to hold on,
I'll be back in your arms,
Together we'll always be
For what may come.
#Lagu penuh makna untuk kamu yang sememangnya sangat bermakna dalam hidup saya.
Siapa lagi kalau bukan incik kekasih, si buah hati saya ♥
p/s : Untuk casio itu, belum terlambat kiranya saya ucap terima kasih, sayang. winkwink!
Saturday, September 29, 2012
Jangan berhenti berharap
Entry simple.
Hati² dengan hati kamu sendiri.
Kenapa perlu berduka jika terlalu banyak perkara yang mampu buat kamu senyum bahagia?
Ingat pada Allah, ketika gembira mahupun duka.
Kerana DIA takkan pernah meninggalkan kita.
Percayalah bahawa DIA sentiasa bersama hamba²-Nya.
Jadi kuat.
Jadi tabah.
Dan jadi gagah.
Setiap daripada kita ada kelebihan & kekurangan masing².
Berdoalah selalu semoga dikukuhkan iman dan taqwa.
Kerana DIA sangat mencintai suara doa-doa kita semua.

Salam penuh ta'zim.
Wednesday, September 19, 2012
Stalker hati rapuh. Haha
Bangun pagi dengan senyuman seindah suria. Dua hari lagi menuju hari impian hampir semua orang yang belum melaluinya.
Hari di mana diperlukan memakai jubah & topi empat segi. Hari Jumaat hari graduasi kami :)
Baeklah, tutup topik konvokesyen sebentar.
Pernahkah kalian simpan habit @ tabiat suka stalk manusia-manusia tertentu? Tak kiralah di laman sosial facebook, twitter (itu pun kalau tak private-lah), blog, dan lain-lain ruang yang boleh diteroka. Dan mengumpat juga salah satu sumber bagi manusia-manusia yang ingin cari maklumat insan yang sedang di-stalk. Hehehe. #Macam biaseeeee je buat :))
Isu-nya di sini bukanlah pasal stalk-men-stalk, tapi adalah berkenaan rasa sedih dan tak senang duduk yang timbul selepas segala aktiviti 'investigating' itu dilakukan. Kadang² sampai rasa lemah semangat. Susah-kan? Anda membandingkan diri dengan si anu binti/bin si anu, merasakan mereka ada kelebihan itu dan ini, rasa macam -- kenapa hidup aku tak macam tu???
Teruk benar.
Sepatutnya, rasa bersyukur yang perlu ditanam dalam hati dalam-dalam. Bersyukur dengan apa yang telah dimiliki, dengan apa yang telah dilalui, dengan apa yang telah dianugerahkan. Ingatlah kawan, teman, dan hati saya sendiri juga bahawa segala apa yang telah dilangsungkan untuk kita tempuh dalam hidup ini adalah yang sebaik-baik rencana. Kerana rencana-Nya adalah yang sebaik-baik perancangan. Allah itu Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Jangan sekali-kali merasa lemah atau tidak berpuas hati dengan segala sesuatu, tetapi berusahalah.
~ man jadda wa jada bererti sesiapa bersungguh-sungguh pasti dapat.
Semua orang memiliki potensi yang sama, cuma apa yang membezakan antara kita semua ialah sedalam mana kita menyemai dan menyiram rasa man jadda wa jada di dalam hati.
#Tamat sudah sesi meluah rasa dan pandangan di pagi hari. Mahu pergi mandi dan sekejap lagi ada sesi fotografi dengan kawan-kawan seperjuangan. Terujaaaaaaaa! Rasa sangat bangga tatkala menyarungkan jubah graduasi.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :))
Subscribe to:
Posts (Atom)