Thursday, December 1, 2011

Jangan jadi tamak


Selalu tengok orang di atas yang untung-untung, sampai lupa mereka yang tak untung.
Bersyukurlah. Kerana engkau ada apa yang mereka tak miliki.


Bersyukurlah.
Formulanya cukup mudah
- Si A ada B, tapi dia takde C.
- Si D ada C, tapi dia takde B.

Still tak jelas? Baeklah, saya terangkan based on situation pulak oke :)

- Senah cantik, kulit lawa, putih bersih, kerja pun best tapi dia belum kahwin sedangkan umur dia dah 32 tahun. Entah, ramai yang terpikat tapi masing² tak berani memikat. Bukan apa, Senah lawa sangat. Melampau-lampau lawanya. Kesian Senah~

- Si Jenab pula kurang cun. Jerawat 2-3 bijik tumbuh selang seminggu. Kerja kilang dan selalu terpaksa buat ot sebab nak sara mak yang sakit. Tapi takpe, Jenab bahagia sebab dia ada anak-anak yang selalu tunggu dia depan pintu time dia balik kerja. Penat di kilang terus hilang. Untunglaaa Jenab~

So pengajarannya kat sini, kau ada itu tapi belum tentu kau ada ini. Dan kau ada ini, belum tentu kau miliki itu. Kalau kau selalu rasa cemburu dan dengki busuk hati pada someone yang kau nampak macam happy tapi kau tidak, think once again. Jangan nampak apa yang baik pada seseorang sampai kau lupa apa yang menarik yang kau ada, dan orang lain tak ada. Jangan kufur nikmat, kawan!

DIA Maha Adil, bukan?

* Sekarang dah masuk Disember, yakni penghujung 2011. Harap-harap segalanya menjadi sempurna, sesempurna bulan² sebelumnya. Ameen~