Lebih seminggu tak sehat. Mula² demam selesema, and then batuk teruk. Sedih betul dengan tahap antibody yang semakin lama macam semakin out. Padahal, time² macam nilah saya perlu untuk terus kekal sihat memandangkan final exam bakal berlangsung tak lama saja lagi *tolong doakan segalanya berjalan lancar.
Hari ini dah masuk hari ke-8 saya batuk dengan agak teruk. Minuman berais, ice cream, dan segala macam bentuk makanan yang memudaratkan lagi batuk saya telah dielakkan. Saya bukan jenis mudah sakit, tapi kali ini memang lain macam sikit dugaannya. Moga² banyak-lah dosa yang terampun sebab sakit itu kan penghapus dosa. Insya-Allah.
Emosi pun sikit-sebanyak terganggu. Selalu saja rasa macam down tak kena masa. Sebab selalu sangat batalkan plan sebab sakit tiba-tiba teruk. Bukan apa, sebenarnya sekarang dalam perancangan nak back-packing dengan member-member. Mahu pusing-pusing sekitar Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan. Jadi, semoga sehat-lah cepat supaya perancangan yang dijadualkan boleh saya sertai dengan sempurna. Kalau boleh, nak jugak-lah jadikan activity ni as our last memorable vacation before graduate soon :)
By-the-way, sekarang dalam proses menunggu maklumbalas dari pihak Astro tentang offer yang saya terima minggu lalu. Harap² masih terbuka tawaran kerja itu hendaknya. Ameen. Nanti kalau positif, boleh-lah mula kerjaya sebaik tamat belajar. Macam seronok aje ^^ Tolong doakan ye. Hehe.
Dengan hanya mengingati Allah, hati akan tenang.