Tuesday, November 1, 2011

Mengecewakan sungguh

Kecewa.
Kecewa sangat sebab saya siriyes dah sangat berusaha sejak sidang lepas.
(itu bererti sejak setahun lalu)
Namun hasil masih belum ada.
Malah keadaan makin teruk.
Badan kian kurus.
Berat makin susut.
Saya kecewa dengan keadaan sekarang.

Ahad lepas terlibat dengan UKA (Ujian Kecergasan Am Asas).
Larian 2.4km, lompatan, heaving (mendagu wanita punya style), plus larian 4x10m.
Semua berlaku dengan baik.
Saya buat larian 2400m dalam masa 15 minit (taklah hebat sangat sebab still 5 orang lagi ladies depan saya. Tapi atleast saya dapat full mark utk larian), melompat lulus, mendagu full mark, 4x10m pon full mark.

Timbang berat badan, ukur ketinggian.

Bila dapat tahu result, saya lulus. 21/25 markah, antara enam teratas.
Smile.
Boleh tahan-lah, gempak jugak-lah agak puas hati-lah.

Tapi malang bila staf bacakan BMI (Body Mass Index).
18.
Underweight.
Sangat kecewa dengan berat diri sendiri, hanya 44kg.
Makan 4 kali sehari, makan banyak, nasi 2 kali.
Malang.

Saya sedih semua tak berlaku seperti yang saya harapkan.
Isnin saya tak ceria sebab Ahad saya bermasalah :(