Wednesday, September 28, 2011

Mati itu pasti

Semalaman berjaga menyiapkan kerja sekolah.
Tugasan diberikan jam 10.00 malam, perlu hantar sebelum 1.00 tengahari.
Berjaga.
Penuh teliti supaya tiada cacat-cela.
Ditemani seseorang sepanjang malam.
Seseorang itu yang amat aku rindu.
Seseorang yang bergelar ibu.

Dia ratu hati aku.

Terima kasih maa.
Sebab kembalikan rasa bahagia itu.
Rasa yang selama ini sangat atin mahu.
Dan sekarang maa ada untuk atin, macam dulu².

Demi Tuhan, airmata ini sebenarnya airmata gembira.

Aku takkan minta apa-apa lagi.
Cukuplah rasa ini KAU kurniakan tanpa henti.
Rasa bahagia tiada taranya.

Demi Tuhan, aku bahagia dengan apa yang aku ada.

Dan...

Demi Tuhan, terima kasih kerana KAU kurniakan rasa ini sebelum aku pergi menemui-MU

di alam abadi.

Tuesday, September 27, 2011

DIA punya rencana 2

Kadang² bersarang rasa sedih di hati bila lihat orang lain punya apa yang sekian lama kita damba. Usaha kita seakan sia-sia. Adakah selama ini apa yang kita buat serba tak memadai? Lantas timbul rasa iri hati, cemburu membuta-tuli, dan lebih teruk bila bibit benci menguasai diri.

Malang sekali, kerana sifat busuk hati telah bersemadi di hati.

"Aku dah lama teringin nak benda alah tu. Alahai, dia dah dapat dulu. Kenapa-lah hidup dia serba sempurna? Kenapa-lah dia tu macam takde masalah aje? "

Sebagai manusia, memang lumrah bila mana kita menginginkan sesuatu yang agak sukar untuk diri kita peroleh. Sama ada kerana kesempitan wang, kekurangan peluang, juga mungkin disebabkan keperluan lain yang lebih perlu untuk dipenuhi. Maka, apa yang diinginkan tadi terkandas hanya pada petak angan². Rasa kecewa sudah tentu ada, apatah lagi ditambah pula apabila melihat orang lain (dan lebih teruk jika teman sendiri) yang memperolehnya. Penat bukan? Rasa sengsara melawan dengki dan iri hati.

Sabarlah, DIA sudah tetapkan sebaik-baik aturan untuk setiap daripada kita. Mungkin si polan itu punya kelebihan di situ, dan si polan ini ada kelebihan di sini. Cuba timbang apa yang kamu miliki. Apa yang kamu rasai. Kamu juga mempunyai kekuatan dari sudut itu dan juga ini.

Mungkin jika kamu punyai itu, kamu akan lupa tentang kesusahan.
Mungkin juga bila kamu memiliki ini, kamu jadi alpa tentang rasa rendah diri.
Mungkin kamu jadi sombong.
Siapa tahu?

Maka, DIA tentukan keadaan yang sebaik-baiknya untuk setiap daripada kita.

Bersabarlah, dan bersyukurlah.

Siapakah kita yang ingin mengukir takdir, sedangkan janji-Nya tidak pernah mungkir.

Sunday, September 25, 2011

Dinding batu

Aku siriyes malas nak gaduh.
Aku tak turun training sebab kurang sehat.
Bukan senang aku nak pacat latihan.
Tapi sekarang aku memang tak oke.
Seharian aku baring.
Tak ke toilet ape lagi ke pantry.
Kosong.
Perut, akal, mahupun hati.
Aku jadi blank.
Then terpaksa pulak cover kes.
Kes yang pada aku simple.
Tapi tidak mudah pada sesetengah orang.
Duhhhh.
Aku siriyes malas nak gaduh.
Sebab kalau aku gaduh, aku sesangat-lah pasti,
Keadaan akan jadi makin keruh.
So aku pilih jalan untuk cool and chillax.
Diam.



Dinding batu itu jika ditemukan dengan kepala aku,
pasti ia akan retak seribu.
Bukan kepala aku, tapi pastinya dinding itu.

Thursday, September 22, 2011

DIA punya rencana

Dua puluh lima tahun usia rumahtangga, dikurnia 6 anak gadis yang cantik² belaka. Juga diserikan dengan 4 cucu yang sering menggamatkan suasana. Belum cukup. Belum cukup menjadikan hubungan itu kekal selamanya.

Kerana jodoh itu, DIA punya rencana.

25 tahun bersama. Payah dan keluhkesah tidak pernah berputus-asa. Bersama mendidik anak² sehingga kini mampu membuat mereka tersenyum bangga. Belum cukup. Belum cukup memadai untuk mereka terus bersama hingga ke akhirnya.

Kerana jodoh pertemuan, DIA yang tetapkan.

Sabarlah.
Dan bersyukurlah.
Kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk setiap daripada kita.

DIA Maha Adil, Maha Esa, lagi Maha Berkuasa.

Thursday, September 15, 2011

Susah sangat² episod 2

Kalau tengok title entry ni, memang sah² maknanya ia adalah sambungan episod lepas. So, bagi anda yang agak keliru, sila rujuk di sini untuk mengetahui dengan lebih terperinci. Dan sekarang, saya ingin meng-explain sebab-musabab 'kecuakkan' serta 'keseram-sejukan' yang saya alami sejak saya mula-mula mendapat berita ini.

Seperti yang telah anda sedia maklum, saya sekarang sedang menginjak dewasa di USM di mana saya kini sudah berada di tahun terakhir degree saya. Beban kerja ternyata jauh lebih berat, di samping cabaran tugas yang sememangnya teramatlah mencabar diri. Alahai =='

Pada akhir sidang ini, saya juga bakal bergelar Leftenan Muda. Pentauliahan diraja yang dijadualkan bakal berlangsung di UUM, Sintok, Kedah merupakan suatu detik yang amat dinantikan. Manakan tidak, penat-lelah serta usaha kami ternyata akan 'terbayar' apabila kami menerima watikah pentauliahan dari Yang di Pertuan Agong.

Baiklah. Berbalik kepada our main point, saya sekarang teramat-lah cuak kerana mendapat berita bahawa saya perlu memikul pangkat yang ternyata benar² menguji ; Pegawai Rendah Muda (PRM). Apa yang saya gusarkan, semasa di peringkat junior dan intermediate, saya hanya pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Kadet Koperal hanya dalam tempoh SEHARI. Bayangkan, saya yang belum pernah menimba pengalaman mentadbir, kini secara mendadak terpaksa memikul beban yang saya rasakan teramat menguji kemampuan diri.

Pada 18 September ini, kami semua akan meraikan Sambutan Ulangtahun Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) ke-30, kemudian turut akan disertakan dengan Istiadat Pemakaian Pangkat oleh Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak. Bermula dari hari itu, maka secara rasmi saya mungkin akan jadi berkali² ganda lebih busy. MENAKUTKAN!

Maka apa yang saya harapkan kini, sokongan yang tidak berbelah-bahagi oleh semua pihak. Sememangnya bukan ini yang saya inginkan, tapi apabila ia diberikan sebagai satu tanggungjawab, saya akan berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Siriyes, segala kekurangan datang dari saya sendiri dan segala yang baik hanya dari-Nya. Semoga kekuatan, ketabahan, serta ketekunan sentiasa mengiringi. Ameen :)

  saya setahun lagi






*Namun, akademik sentiasa menjadi keutamaan. Fullstop. No kompromi oke!

Sunday, September 11, 2011

Eh, raya kan sebulan

Jadi memang tak salah rasanya kalau saya nak wish raya, apatah lagi Syawal kali ini saya terpaksa pulang awal ke kampus untuk berkhidmat sebagai PPSL (Pembimbing Program Siswa Lestari : satu program khas USM untuk bakal mahasiswa tahun pertama intake 2011/2012). Maka, atas sebab PPSL itu, saya hanya sempat 4 hari bersuka² hati beraya di kampung.
*Alahai sabaq jela, berkorban di tahun last engkau =='

Cakap panjang lebar pon takde guna, maka di kesempatan ini saya ingin meminta maaf andai selama ini ada tersilap bicara, tergedik di mana-mana, terlebih kata yang mungkin membuat ada yang terasa, terguris, tersinggung, tersentap, termarah dan terkecewa. Semua orang buat salah and nobody's perfect. Jadi tak salah kiranya kita akui dan saling memaafi. Tak gitu? Insya-Allah, Syawal kali ini membawa kita kepada kehidupan yang lebih membahagiakan.

Dan takkan dilupakan kepada mereka yang sudi menjengah ke belog ini, dengan rendah hati saya mohon maaf for any of my wrongdoings. Kosong² -lah eh ^ ^

Owh lagi satu, by-the-way, tolong doakan saya supaya mampu memikul tanggungjawab² yang bakal datang nanti. Final year ini, banyak benda yang kompom² akan bikin saya busy melampau. Maka moga² kesihatan sentiasa terpelihara.

 Harap² tahun depan masih diizinkan bertemu bulan penuh kemuliaan ini.




Dan untuk incik kekasih, thanks sudi spent petang raya awak kat kampung saya yang mana tak lama lagi akan jadi kampung KITA. hehehe.

Saturday, September 10, 2011

Susah sangat²

Siriyes seram sejuk bila dapat tahu 1 berita ni. Then bila dah rasa camtu, automatik akan mual² & kalut tak tentu pasal. Bukan apa, pengalaman tak cukup banyak untuk pikul beban yang sebegitu besar. Memang itu ada dalam list impian² saya, tapi kenapa sekarang? Kenapa yang itu? Kenapa hanya saya? Kenapa? Cabaran yang sangat menduga kemampuan. Harap² saya mampu pikul tanggungjawab itu dengan baik :)

p/s : Awak semua mesti tertanya², "Apela yang minah ni duk melalut ni?"
Sabar, saya akan ceritakan kemudian, bila kenyataan benar² dikeluarkan. Harap semua itu hanya khabar angin. MENAKUTKAN!